perkara yang terjadi

Tips Temuduga untuk mudah dapat kerja 2021

Temuduga adalah antara langkah yang memainkan peranan penting sebelum anda menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.  Sewaktu temuduga, bakal majikan akan melihat perilaku, sikap dan perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam resume anda. Pastikan anda bersedia sepenuhnya sebelum hadir untuk temuduga. Jom baca tips temuduga dari Ilhami.

tips temuduga

Hadir Tepat Waktu

Perkara paling utama adalah anda perlu hadir tepat waktu. Jika anda hadir awal, itu sudah menunjukkan bahawa anda seorang yang menepati masa dan bersedia untuk temuduga. Selain itu, anda juga boleh membuat pemerhatian mengenai suasana syarikat tersebut, cara kerja mereka dan bukan itu sahaja, anda juga akan jalani proses temuduga dengan lebih tenang jika anda hadir lebih awal.

Selidik Latar Belakang Syarikat

Sebagai calon temuduga, anda perlu untuk mengetahui latar belakang syarikat sebelum hadir temuduga. Kebanyakkan daripada calon temuduga kebiasaanya kurang menitikberatkan perkara ini. Perkara ini sebenarnya sangat memberikan impak yang besar semasa sesi temuduga. Antara perkara yang anda boleh selidik mengenai syarikat tersebut adalah seperti berapa lama syarikat itu telah beroperasi, visi dan misi, produk atau servis yang ditawarkan, dimana syarikat tersebut ditubuhkan dan sebagainya. Jika anda sebagai calon mengetahui latar belakang syarikat semasa sesi temuduga, penemuduga akan menganggap anda lebih bersedia dan berminat untuk sertai syarikat mereka.  Gunakan medium seperti portal rasmi syarikat pelbagai media sosial yang berkaitan untuk mendapat maklumat supaya anda benar-benar tahu tentang syarikat tersebut. Anda juga boleh ambil tahu prestasi kewangan syarikat sebagai persediaan temuduga. Belajar cara analis kewangan syarikat di sini

Berpakaian kemas & menarik

Tips temuduga seterusnya ialah pastikan anda memakai kasut yang bersih, rambut disikat kemas dan pastikan kuku dipotong pendek. Begitu jugak dengan pakaian anda, pakai pakaian yang bersih dan kemas. Pastikan anda memilih  pakaian yang bersesuaian. Bagi lelaki, kemeja dipadankan dengan tali leher dan seluar slack berwarna gelap serta kasut bertutup. Bagi Wanita pula, anda boleh berbaju kurung atau berpakaian korporat dengan kasut bertutup. Perkara ini dapat membantu anda menyerlahkan profesionalisme dan tahap integriti anda malah akan menambah keyakinan diri anda.

Jom follow telegram ilhami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *