4 Kepentingan Penggunaan Python

Mengenali Python

Python bukanlah bahasa pengaturcaraan yang baharu kerana ianya sudah lama dicipta sejak tahun 1991. Kepentingan Python amatlah dititikberatkan ketika pemilihan kerana ianya akan membentuk kerjaya seseorang di masa hadapan.

Bahasa pengaturcaraan yang dikembangkan oleh Guido van Rossum ini telah terus berkembang sehingga kini. Nama Python itu sendiri telah diambil daripada siri kegemaran beliau yang dipanggil “Monty Python’s Flying Circus“.

Python merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang banyak digunakan di seluruh dunia untuk tujuan pembinaan laman sesawang, menghasilkan kecerdasan buatan dan memudahkan automasi sesuatu proses berkomputer.

Membina dan Mengembangkan Laman sesawang

Untuk membangunkan sesebuah perniagaan, laman sesawang menjadi medium yang penting untuk menyampaikan maklumat. Segala bentuk pengenalan produk ataupun servis peniagaan boleh dipaparkan untuk menunjukkan kredibiliti perniagaan yang dijalankan.

Untuk membina sebuah laman sesawang yang lebih fleksibel dan menarik, menggunakan Python merupakan cara untuk mempercepatkan proses tersebut.

Menghasilkan Kecerdasan Buatan

Tahukah anda bahawa Python ialah bahasa pengaturcaraan yang paling terkenal dalam menjalankan proses melatih dan melengkapkan kecerdasan buatan?

Python menerusi beberapa cara, mampu membina kecerdasan buatan untuk mengira dan menyelesaikan permasalahan di dalam bidang seperti biologi dan kimia yang memerlukan masa yang sangat lama untuk diselesaikan.

Pengaplikasian Machine Learning atau Deep Learning untuk mengubah dan menaikkan taraf cara manusia membuat pekerjaan dilihat akan terus berkembang menerusi Revolusi Industri 4.0.

Automasi Proses

Ketika dunia terus berkembang maju, manusia tidak lagi perlu untuk terus melakukan kerja-kerja yang berulang dan membebankan. Hal ini disebabkan, kebolehan manusia dalam perkembangan kreativiti dan estetika adalah lebih penting. Idea dan inovasi yang datang daripada manusia memainkan peranan yang lebih besar untuk memajukan sesebuah negara.

Oleh itu, perkara yang boleh disiapkan melalui proses automasi boleh diberikan kepada komputer untuk menggerakkan jentera kerja.

Membina Algoritma

Dalam membina sesebuah algoritma komputer, masa memainkan peranan yang sangat penting. Lebih-lebih lagi sekiranya algoritma tersebut dibina untuk pengguna dan perlu cepat disiapkan.

Pengunaan Python terbukti memendekkan masa malahan memperkemaskan cara membina algoritma kerana fungsi yang terdapat dalam bahasa pengaturcaraan Python adalah sangat mudah untuk difahami.

Penutup

Begitulah seperti yang diterangkan di atas mengenai Python dan kepentingan penggunaannya yang perlu diketahui. Melihat dari sudut kepelbagaian kegunaan dan kemudahannya, kami menyarankan untuk anda mula mempelajari asas-asas Python. Moga bacaan ini bermanfaat dan menjadi pemangkin untuk anda mula menjadi pengaturcara Python.

Kami menyediakan Kelas Pembelajaran Python untuk anda yang baru bermula sehingga ilmu-ilmu Advance.

Mula Belajar Python dari basic sehingga Advance : KLIK DISINI

2 thoughts on “4 Kepentingan Penggunaan Python”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *