Anda seorang usahawan atau pemilik bisnes yang baru nak bermula dalam pemasaran secara online?
Tentu sahaja anda mencari aplikasi-aplikasi yang sesuai dengan anda dan dapat memudahkan urusan sebagai seorang usahawan.
Jadi hari ini kami akan kongsikan kepada anda 9 aplikasi telefon pintar yang usahawan perlu anda ada bagi membartu memudahkan perniagaan anda.
1. Canva

Aplikasi ini membantu anda untuk mereka bentuk poster anda samada dari kosong atau menggunakan templete yang telah disediakan. Selain poster, anda juga boleh membuat design brosur, logo, flayers, video pendek dan banyak lagi.
Aplikasi ini adalah aplikasi design yang paling popular dalam kalangan usahawan dan pemilik perniagaan di Malaysia. Apps Canva telah dimuat turun oleh 100 juta orang di Google Playstore dan mendapat rating 4.7 bintang dari lebih 5 juta pengguna.
Jika anda ingin menggunakan Applikasi ini di dalam telefon pintar anda, anda boleh muat turun di Google Playstore atau Apps Store. Bagi penggunaan di Laptop atau computer, anda boleh menggunakan aplikasi ini secara online di Canva.com
2. Facebook Bussiness Suite

Applikasi ini sebelumnya dikenali sebagai Pages Manager. Dengan menggunakan aplikasi ini anda dapat menguruskan Facebook dan Instagram anda dalam satu platform yang sama.
Anda boleh melihat dan menjawab mesej dan komen secara terus dalam aplikasi ini.
Aplikasi ini juga dapat memberikan “insight” berkenaan pengunjung media sosial seterusnya anda dapat melihat perkembangan samada ada peningkatan atau pengurangan.
Aplikasi ini telah dimuat turun oleh lebih 100 juta orang dan mendapat rating 4.3 bintang di Google Playstore.
3. Facebook Ads Manager

Bagi anda yang sudah membuat pengiklanan di Facebook, anda pasti ingin melihat perkembangan iklan anda dengan lebih kerap. Jadi Applikasi ini dapat membantu memberikan insight tentang iklan tanpa anda perlu membuka laptop anda.
Anda boleh memantau iklan anda dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
Aplikasi ini juga membolehkan anda membuat iklan dengan pantas. Namun demikian kami lebih mencadangkan supaya anda mambuat iklan menggunakan browser kerana terdapat beberapa ciri yang tidak ada di dalam aplikasi di telefon pintar.
Anda boleh “on” dan “off” iklan anda dengan 1 klik sahaja. Anda juga boleh membuat perbandingan 1 kempen dengan kempen yang lain secara “side-by-side”.
Aplikasi ini telah berjaya dimuat turun oleh lebih daripada 10 juta orang dan mendapat rating 3.1 bintang daripada 63 ribu orang pengguna di Google Playstore
4. TikTok

Selain Facebook dan Instagram, TikTok juga adalah antara media social yang perlu ada buat usahawan dan pendiri bisnes di Malaysia.
Menggunakan aplikasi ini anda boleh membuat video untuk pemasaran dengan lebih mudah. Dilengkapi dengan ciri-ciri yang mudah untuk digunakan TikTok jua membolehkan anda memuat turun video yang telah diedit didalam aplikasi ini. Anda boleh gunakan video-video ini untuk pemasaran di Facebook dan juga Instagram anda.
TikTok adalah aplikasi media sosial yang semakin berkembang dan memiliki pengguna yang ramai khususnya dalam kalangan remaja dan belia.
Aplikasi ini di muat turun oleh lebih 100 juta orang dan mendapat rating 4.2 bintang daripada 10 juta pengguna di Google Playstore.
5. Whastapp Bussiness

Ramai dalam kalangan kita ada aplikasi Whatsapp. Tapi tak ramai yang menggunakan Whatsapp Bussiness.
Aplikasi ini sangat membantu sekiranya anda menggunakan Whatsapp sebagai platform untuk anda “close sale”.
Anda boleh membina profil perniagaan anda, membalas pertanyaan lebih pantas dengan fungsi “quick replies”, meletakkan label pada pelanggan anda untuk memudahkan urusan “follow up’ dan anda juga dapat mempamerkan produk anda dengan fungsi katalog.
Banyak review positif yang kami lihat di Google Playstore untuk aplikasi ini. Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi Whatsapp Bussiness, anda boleh muat turun sekarang. Semoga perniagaan anda lebih teratur dan memudahkan urusan anda.
Perkongsian ini diambil dari artikel “9 Applikasi yang Wajib Seorang Usahawan dan Pemilik perniagaan ada”. Klik link ini untuk teruskan bacaan anda.
6. Google Ads

Bagi anda yang menjalankan pemasaran menggunakan platform Google Ads, aplikasi ini wajib anda muat turun dan gunakan di dalam telefon pintar anda.
Aplikasi ini membantu anda melihat perkembangan iklan di Google Ads dengan kadar yang segera. Anda boleh melihat kos, impression, CTR, CPC dan banyak lagi dalam aplikasi mudah di telefon pintar.
Aplikasi ini telah dimuat turun oleh lebih dari 10 juta orang dan mendapat rating 4.4/5 daripadalebih 100 ribu pengguna.
7. Google My Bussiness

Anda mempunyai premis fizikal? Jika ya, anda wajib muat turun dan gunakan aplikasi ini.
Anda boleh mendaftarkan premis anda di Google dan memuat naik informasi, gambar dan video premis dan produk anda di dalam aplikasi ini.
Pengguna Google boleh memberikan review tentang perniagaan anda dan seterusnya meningkatkan autoriti anda dalam kalangan penduduk setempat.
8. Setel

Mungkin aplikasi ini bukan aplikasi yang berkaitan dengan perniagaan atau bisnes tapi aplikasi ini dapat membantu memudah dan mempercepatkan urusan anda ketika membuat isian minyak di Petronas.
Anda tidak perlu lagi berjalan ke kaunter untuk membayar isian minyak anda. Dengan 1 klik, minyak sudah sedia untuk diisi ke dalam tangki minyak kereta anda. Dalam situasi semasa di mana kes Covid 19 semakin membimbangkan, aplikasi ini dapat mengurangkan risiko anda daripada mendapat jangkitan.
Aplikasi ini percuma dan sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu download aplikasi Setel di Google Play Store atau App Store, daftarkan kad mesra anda dan dapatkan sehingga 3 kali mata ganjaran untuk setiap liter petrol yang dibeli.
Gunakan kod rujukan he46v untuk dapatkan percuma RM5 selepas anda tambah nilai sebanyak RM 30 di aplikasi ini atau klik link ini untuk download aplikasi Setel terus ke telefon pintar anda: https://www.setel.my/ref/he46v
9. Maybank2u MY

Sebagai seorang peniaga pasti anda perlu melakukan transaksi dalam kadar yang segera. Anda juga perlu melihat samada transaksi oleh pelanggan anda telah masuk atau belum ke dalam akaun anda.
Selain itu anda dapat memudahkan urusan pembayaran pelanggan anda dengan adanya QRPay. Pelanggan dapat membuat bayaran dengan sekali scan sahaja. Anda dapat elakkan sentuhan atau pertukaran wang yang mana berkemungkinan berlakunya jangkitan bakteria atau virus antara anda dan pelanggan.
Jadi bagi anda yang tidak ada lagi Maybank2u anda wajib muat turun aplikasi ini Google Play Store atau App Store.
Semoga perkongsian ini membantu memudahkan urusan anda sebagai seorang usahawan dan pemilik perniagaan.
Nak belajar cara memilih aplikasi video editing yang terbaik? Baca disini.