Penyata Kewangan merupakan salah satu dokumen penting dalam perniagaan. Penyata kewangan yang telah di audit juga perlu di serah simpan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pelbagai kegunaan yang boleh didapati dengan dokumen bernama Penyata Kewangan ini.
Penyata Kewangan merupakan laporan berkenaan kewangan syarikat. Dengan dokumen inilah kita dapat melihat perjalanan atau cerita sesuatu syarikat. Terdapat lima laporan penyata di dalam Penyata Kewangan iaitu:
- Kunci Kira-Kira
- Penyata Untung Rugi
- Penyata Aliran Tunai
- Penyata Perubahan Ekuiti
- Nota Penyata Kewangan
Di sini saya akan terangkan secara ringkas apa itu Kunci Kira-Kira.
Kunci kira-kira menunjukkan nilai asset syarikat, liabiliti syarikat dan ekuiti pemegang saham. 3 elemen dalam kunci kira-kira dan ditunjukkan dalam formula berikut:

Aset
Aset merupakan sumber ekonomi sesuatu perniagaan bertujuan untuk menjana pendapatan untuk perniagaan. Ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Aset Bukan Semasa (Non-Current Assets) dan Aset Semasa (Current Assets).
Aset Bukan Semasa atau dikenali dengan Aset Tetap ialah sumber ekonomi perniagaan yang bersifat jangka panjang. Kebiasaannya diukur dengan tempoh lebih 12 bulan (more than one accounting year). Sebagai contoh, bangunan, kenderaan, pelaburan jangka Panjang. Ye la. Siapa nak beli bangunan dan nak jual balik dalam tempoh 12 bulan. Oleh itu item-item ini diklasifikasi kan sebagai Aset Bukan Semasa.
Aset Semasa pula adalah aset yang dipegang tidak lebih dari satu tahun. Contoh item pada Aset Semasa adalah wang di bank, stok-stok perniagaan, penghutang dan sebagainya. Aset Semasa bersifat kecairan yang tinggi kerana terdapat pergerakan nilai dalam tempoh satu tahun.
Liabiliti
Liabiliti pula bermaksud hutang atau kewajipan syarikat untuk menjelaskan hutang dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Liabiliti Jangka Panjang (Non—Current Liabilities) dan Liabiliti Semasa (Current Liabilities).
Contoh Liabiliti Semasa adalah Pemiutang, Overdraf Bank, dan peruntukan bayaran yang dibuat.
Contoh Liabiliti Jangka Panjang pula adalah Hutang kepada bank, sewa-beli kereta, cukai tertunda (deferred tax) dan sebagainya. Item seperti hutang dan sewa-beli kereta sebenarnya perlu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Liabiliti Semasa dan Liabiliti Jangka Panjang kerana pembayaran hutang kebiasaannya dibuat setiap bulan dan untuk tempoh lebih dari satu tahun.
Contoh: Syarikat ABC berhutang sebanyak RM100,000 pada bank, dimana sebanyak RM10,000 akan dilunaskan dalam tempoh 12 bulan dan selebihnya akan dibayar selepas tempoh 12 bulan. Jadi ia perlu dibahagikan seperti berikut:
Liabiliti Semasa – RM10,000.
Liabiliti Bukan Semasa – RM90,000.
Ekuiti
Ekuiti ialah perbezaan antara aset dan liability. Makna lain adalah nilai pemilikan pemegang saham didalam syarikat tersebut. Ia terdiri daripada modal saham dan keuntungan terkumpul (Retained Earning).
Kunci Kira-Kira dan laporan-laporan lain akan dibentangkan dengan lebih terperinci dalam kursus perakaunan di Ilhami.my. Sertai kursus di Ilhami.my untuk mengetahui lebih lanjut. Jangan lupa ikuti kami di facebook!