Pendahuluan
Anda tertanya-tanya apakah aplikasi yang menggunakan Python dalam pembinaannya? Di sini kami senaraikan beberapa aplikasi antarabangsa yang digunakan oleh berjuta pengguna seluruh dunia. Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk belajar Python, ketahui bahawa bahasa pengaturcaraan ini sedang digunakan oleh syarikat gergasi dunia untuk membangunkan aplikasi mereka.
Aplikasi Yang Menggunakan Python
Kami senaraikan di bawah aplikasi yang menggunakan Python untuk pengetahuan anda. Mungkin anda juga salah seorang pengguna aplikasi ini?
Netflix
Netflix adalah salah satu servis streaming terkemuka dunia yang menyiarkan pelbagai program TV, filem, dokumentari, dan kartun animasi. Ia menggunakan Python untuk automasi sekuriti, analisa statistik, operasi dan machine learning.
Instagram merupakan aplikasi terbesar dunia dalam penggunaan Django Web Framework. Django ialah satu web framework yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Python, digunakan untuk membina aplikasi web. Sumber: https://instagram-engineering.com/copy-on-write-friendly-python-garbage-collection-ad6ed5233ddf
Aplikasi Instagram ini tidak asing lagi bagi semua orang, dimana ia digunakan untuk memaparkan foto dan video pengguna. Ia menjadi kegemaran ramai pencinta seni foto kerana disini terdapat banyak gambar-gambar menarik yang dikongsi jurufoto amatur mahupun professional.
Pinterest digunakan untuk pengguna berkongsi kegemaran (interest) bersama pengguna lain. Sekiranya anda berminat dengan sesuatu konten, anda boleh pin kan konten tersebut di profil anda.
Pinterest juga menggunakan Django web framework untuk pembangunan aplikasi. Anda boleh rujuk di website stackshare di sini.
Spotify
Spotify merupakan penyedia servis streaming audio terkemuka di dunia. Berjuta lagu, muzik dan podcast disiarkan melalui aplikasi ini. Dimaklumkan bahawa Spotify menggunakan Python untuk sistem backend dan juga data analisis.
Disqus
Disqus merupakan penyedia sistem komentar di blog. Servis ini juga dibangunkan menggunakan pengaturcaraan Python dalam sistem backend.
Dropbox
Aplikasi yang menggunakan Python terakhir kami ingin kongsikan ialah Dropbox. Dropbox tidak asing lagi bagi kebanyakan orang, dimana ia digunakan untuk menyimpan fail di “cloud”. Pada tahun 2013, seorang jurutera Dropbox berkata bahawa dengan menggunakan Python, jurutera Dropbox hanya perlu menulis beratus baris kod untuk menyokong seramai 40 juta pengguna aplikasi itu.
Penutup
6 contoh aplikasi ini mempunyai jutaan pengguna seluruh dunia dan dibangunkan oleh syarikat gergasi dunia. Ini membuktikan bahawa bahasa pengaturcaraan Python masih revelan untuk digunakan. Malah, anda mampu membina pelbagai jenis aplikasi menggunakan Python. Anda nak belajar Python tapi belum muat turun Python? Baca cara install Python di sini