Zuhri Hazwan Yahaya

Zuhri Hazwan merupakan Pengurus Kewangan di Ilhami.my. Beliau memulakan pengajian di dalam bidang perakaunan seawal usia 16 tahun dengan mengambil kursus London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) dan berjaya menghabiskan kursus Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada usia 21. Beliau memulakan kerjayanya sebagai juru audit. Selama 4 tahun berkecimpung dalam bidang pengauditan, banyak pengalaman dari pelbagai industri yang beliau pelajari. Dengan bekerja di firma audit, ia mengukuhkan lagi ilmu beliau dalam perakaunan dan cukai. Beliau seterusnya bekerja di syarikat pelaburan dimana beliau belajar mengenai pelaburan saham secara ‘fundamental analysis’ dan ‘technical analysis’. Beliau kemudiannya diberi mandat untuk mengetuai pasukan pelabur syarikat itu. Beliau juga berjaya mencipta indicator sentiment pasaran saham iaitu ZSI. Dalam masa yang sama, beliau diberi tanggungjawab untuk menjaga akaun syarikat dan menyediakan ‘consolidated financial statements’. Beliau kemudian mengambil langkah ‘leap of faith’ dimana beliau menyertai syarikat ‘fintech startup’. Disini, beliau belajar mengenai keusahawanan. Pelbagai projek yang pernah beliau kendalikan termasuklah projek kewangan, projek pengurusan perniagaan, projek digital bank dan banyak lagi. Setelah berkecimpung dalam bidang ‘pengurusan perniagaan’ dan ‘perkembangan perniagaan’, beliau sedar ramai usahawan yang masih belum menguasai kedua-dua ilmu ini. Dengan niat ingin berkongsi ilmu ini, beliau menyertai pasukan Ilhami.my. Beliau sedar dengan servis yang disediakan oleh Ilhami.my, platform ini sesuai dijadikan sebagai salah satu pusat ilmu kerana tawaran kursus yang disediakan adalah berpatutan dan diajar secara praktikal.

Cost-Benefit Analysis (CBA)

Cost- Benefit Analysis atau dikenali sebagai CBA merupakan salah satu tools yang digunakan untuk membuat keputusan secara sistematik. Penggunaan CBA ini amat mudah dan berkesan. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat keputusan perniagaan, malah ia juga boleh digunakan untuk membuat keputusan harian. Cara guna CBA Apabila sesuatu keputusan yang penting hendak dibuat, keputusan tersebut …

Cost-Benefit Analysis (CBA) Read More »

Sdn Bhd vs Enterprise. Mana satu?

Pernah tak anda terfikir untuk manjalankan perniagaan pada suatu hari nanti? Anda terbayang memiliki empayar perniagaan sendiri. Anda bangunkan sendiri dari bawah sehingga ke perniagaan yang berjaya. Atau anda telah pon mula berniaga dan memiliki perniagaan Enterprise dan mempunyai syarikat sendiri (Sdn Bhd). Namun, adakah anda tahu terdapat pelbagai jenis perniagaan yang terdapat di Malaysia? …

Sdn Bhd vs Enterprise. Mana satu? Read More »

Penyata Kewangan (Bahagian 3: Penyata Aliran Tunai)

Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement) merupakan salah satu laporan pada Penyata Kewangan. Ia melaporkan aktiviti aliran wang keluar dan masuk dan menunjukkan kedudukan kewangan syarikat bagi sesuatu tempoh. Tiada non-cash item yang ditunjukkan di sini. Hanya wang terima dan wang dibelanjakan syarikat yang direkodkan disini. Laporan ini menunjukkan bagaimana sesebuah syarikat mengurus kewangan tunai …

Penyata Kewangan (Bahagian 3: Penyata Aliran Tunai) Read More »

Penyata Kewangan (Bahagian 2: Penyata Untung Rugi)

Penyata Untung Rugi (Income Statement atau Statement of Profit and Loss) merupakan salah satu laporan Penyata Kewangan. Ia menunjukkan jumlah jualan sesuatu syarikat, jumlah perbelanjaan dan jumlah keuntungan atau kerugian bagi sesuatu tempoh. Penyata Untung Rugi terdiri dari dua komponen utama iaitu Pendapatan dan Perbelanjaan. Dari dua komponen utama ini pula dipecahkan lagi seperti gambar …

Penyata Kewangan (Bahagian 2: Penyata Untung Rugi) Read More »

Apa itu Penyata Kewangan (Bahagian 1: Kunci Kira-Kira)

Penyata Kewangan merupakan salah satu dokumen penting dalam perniagaan. Penyata kewangan yang telah di audit juga perlu di serah simpan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Pelbagai kegunaan yang boleh didapati dengan dokumen bernama Penyata Kewangan ini. Penyata Kewangan merupakan laporan berkenaan kewangan syarikat. Dengan dokumen inilah kita dapat melihat perjalanan atau cerita sesuatu syarikat. Terdapat …

Apa itu Penyata Kewangan (Bahagian 1: Kunci Kira-Kira) Read More »

Dokumen-dokumen di dalam Akaun Perniagaan

Dokumen merupakan antara perkara awal sebelum berlakunya perekodan. Untuk merekod sesuatu maklumat, kita perlukan dokumen dan ia boleh dijadikan sebagai bukti pada rekod yang kita lakukan. Dokumen bermaksud maklumat yang diwujudkan sama ada dalam bentuk fizikal (kertas) mahupun ‘e-document’ (softcopy). Di dalam perniagaan, perakaunan merupakan salah satu unsur yang penting didalam pengurusan perniagaan. Bila disebut …

Dokumen-dokumen di dalam Akaun Perniagaan Read More »