Semakin hari semakin banyak perubahan globalisasi, teknologi dan lain-lain yang berlaku dan ia menyebabkan pengurusan sumber manusia perlu memperkenalkan dasar baharu, budaya kerja baharu, SOP baharu dan sebagainya. Pengurusan sumber manusia perlu cakna supaya organisasi mereka sentiasa seiring dengan perubahan semasa yang berlaku. Antara cabaran yang dihadapi yang memerlukan mereka untuk membuat perubahan dalam organisasi adalah:
Perubahan Teknologi

Antara cabaran yang sering dihadapi adalah perubahan teknologi. Perubahan teknologi perkara yang paling ketara perubahan nya, perubahan yang sangat pantas dan semakin canggih banyak membantu Pengurusan Sumber Manusia untuk menguruskan pekerja dan organisasi. Ia dapat mempercepatkan perjalanan berbagai fungsi sumber manusia. Di samping itu, perubahan teknologi juga memerlukan pekerja yang lebih mahir dan berpengetahuan untuk menggunakan atau mengendalikan teknologi tersebut. Perubahan teknologi yang pantas memberikan kesan yang baik dan juga kurang baik kepada sesebuah organisasi. Kesan baiknya dapat mempercepatkan proses kerja. Namun, Ia akan menjadi masalah kepada organisasi yang mempunya ramai pekerja dalam kalangan baby boomers atau gen X, mereka adalah golongan yang kurang mahir dalam menggunakan teknologi jadi Pengurusan Sumber Manusia perlu memikirkan cara yang dapat membantu golongan ini dan ia akan mengambil sedikit masa untuk mereka belajar.
Perubahan Persekitaran Perundangan

Cabaran yang seterusnya adalah perubahan dari segi perundangan. Untuk makluman anda, setiap perkara yang dilakukan oleh Pengurusan Sumber Manusia dalam organisasi adalah perlu mengikut undang-undang pekerjaan yang telah ditetapkan. Perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa jadi pengurusan sumber manusia perlu peka dan pastikan sentiasa mematuhi undang-undang yang terkini supaya anda tidak disaman kelak. sebagai contoh, umur persaraan telah meningkat dari umur 55 tahun ke 60 tahun.
Pekerja Berumur

Umur persaraan juga adalah antara cabaran yang dihadapi, umur persaraan terkini adalah 60 tahun. Pekerja berumur memberikan kesan baik kepada organisasi kerana mereka lebih mahir dan berpengalaman dalam kerja mereka. Mereka boleh bekerja tanpa pengawasan yang kerap oleh majikan atau penyelia. Selain itu, mereka juga ada nilai kesetiaan untuk organisasi, mereka akan susah untuk berpindah mencari pekerjaan lain. Namun begitu, sesetengah pekerja berumur adalah sukar untuk diurus mungkin kerana ada nya rasa ‘seniority’ dalam diri mereka. Mereka merasakan yang mereka sudah mempunyai banyak pengalaman dan itu membuatkan mereka susah untuk menerima pendapat orang baru atau orang yang lebih muda dari mereka. Perkara ini akan membuatkan syarikat anda sentiasa di takuk yang sama, tiada perubahan dari segi perlaksanaan kerja.
Setiap cabaran ada kesan baik dan buruknya. Jadi Pengurusan Sumber Manusia perlu memainkan peranan dalam mengatasi setiap cabaran yang mereka hadapi untuk pastikan pekerja dan juga organisasi tidak terjejas malah akan lebih berkembang seiring dengan perubahan yang berlaku.
Sertai kami di ilhami untuk ketahui lebih lanjut tentang Pengurusan Sumber Manusia.