Di dalam pembuatan video, terdapat aspek-aspek yang perlu kita pelajari seperti aspek pencahayaan, audio dan lain-lain. Terdapat aspek atau teknik yang paling penting yang akan membuatkan video kita itu lebih berkesan. Ianya ialah camera shot, camera angle dan juga camera movement. Kita juga boleh memanggilnya sebagai teknik penggunaan kamera. Pada penulisan kali ini, saya akan berkongsi berkaitan camera angle terlebih dahulu.
Camera angle merupakan posisi sudut pandang kamera. Terdapat pelbagai jenis camera angle yang digunapakai oleh pembuat-pembuat video. Setiap jenis camera angle ada fungsi dalam kepenggunaannya. Dengan menggunakan camera angle yang sesuai dengan video anda, video akan kelihatan profesional. Penonton juga akan lebih fokus dan merasai setiap perkara yang kita hendak sampaikan di dalam video. Saya akan kongsikan beberapa camera angle yang biasa digunakan.
1. Bird eye
Camera angle ini merupakan pengambilan video di sudut yang sangat tinggi. Pengambilan sudut ini biasanya menggunakan camera drone. Bird eye ini digunakan untuk menunjukkan suasana persekitaran. Jika di dalam pembuatan filem atau filem pendek sebagai contoh, bird eye ini berfungsi untuk memberitahu kepada penonton di manakah situasi atau babak itu berlaku. Bird eye ini lebih kurang seperti establish shot. Sudut yang biasa diambil adalah kamera akan betul-betul menghala ke bawah.

2. High angle
Pengambilan high angle tidaklah setinggi bird eye. High angle diambil dari sudut pandang yang tinggi tetapi kita masih boleh nampak subjek kita. Jika merujuk pada bird eye tadi, kita mengambil dari sudut yang sangat tinggi dan tidak menampakkan subjek. Bahagian kepala objek akan terlihat lebih besar daripada kakinya. Kebiasaannya angle ini diambil bertujuan untuk menampakkan subjek kita ini kelihatan lemah.

3. Eye level
Sudut pandang eye level ini dibuat sejajar dengan mata atau objek yang hendak kita perlihatkan. Sudut ini tidak akan ke bawah ataupun ke atas ketika kita merakam menggunakan eye level. Kegunaan eye level ialah, kita hendak menampakkan seperti “apa yang kamu lihat itulah yang sebenarnya.” Penonton akan merasa seperti melihat situasi itu seperti situasi sebenar yang mereka sedang lihat ketika itu.

4. Low angle
Jika eye level sejajar dengan mata, low angle ini akan diambil dari bawah sedikit dari aye level. Sudut ini berada di bawah kepala subjek. Kedudukan kamera akan berada di bawah dan akan menghala ke atas. Kelihatan kaki subjek akan lebih besar dari kepala subjek. Fungsi low angle sebagai contoh di dalam pembuatan filem, kita hendak menampakkan subjek kita kelihatan sungguh berkuasa. Selain itu, kita juga boleh menampakkan sesebuah objek itu sungguh besar dan kukuh.

5. Frog eye
Frog eye ini ialah sudut paling bawah malah lebih rendah dari low angle. Kamera akan terletak betul-betul pada lantai dan tidak perlu menghalakan ke atas seperti low angle. Biasanya kita hendak perlihatkan kaki subjek sahaja. Membuatkan penonton berasa sungguh kerdil dan subjek yang berada di dalam video sungguh besar dan hebat.

Dengan mengaplikasikan teknik camera angle di dalam pembuatan video anda, sudah pasti video anda kelihatan menarik dan juga kelihatan profesional. Apa yang hendak kita sampaikan di dalam video juga akan dirasai dengan mudah oleh penonton. Teknik ini kita boleh gunakan di dalam pelbagai jenis video. Jika anda hendak tahu jenis-jenis video yang ada, anda boleh membacanya pada penulisan saya sebelum ini. Jangan lupa untuk sertai kami group telegram kami di ilhami.