Thumbnail

Camera Shot Dan Fungsinya

Pada artikel sebelum ini saya ada berkongsi berkenaan camera angle dan fungsinya. Penulisan kali ini pula saya akan berkongsi berkenaan camera shot. Perbezaan camera angle dan camera shot, camera angle ialah di mana kedudukan kamera diletak dan diarahakan manakala camera shot pula ialah apa yang kita lihat di dalam frame camera. Fungsi kedua-duanya adalah sama iaitu memberikan maklumat dengan lebih jelas apa yang hendak kita sampaikan kepada penonton di dalam video kita.

Camera shot berfungsi memberi kesan atau impak yang besar pada setiap babak yang kita rakam untuk kita pertontonkan kepada penonton. Camera shot yang menarik mampu menarik minat penonton dan juga membuatkan mereka lebih fokus kepada video kita. Terdapat pelbagai camera shot yang boleh digunakan mengikut kesesuaian pada video kita. Saya akan kongsikan kepada anda beberapa camera shot dengan fungsinya yang menarik untuk anda guna dan praktikkannya.

1. Full Shot

Shot ini akan menampakkan keseluruhan badan subjek dari kaki sehinggalah kepala. Subjek akan memenuhi ruang frame. Full shot berfungsi untuk memberitahu penonton bagaimana keadaan subjek. Penonton akan tahu apa yang dipakai oleh subjek, subjek sedang berdiri atau duduk sebagai contoh. Secara tak langsung kita dah menjawab persoalan-persoalan dan juga memberi maklumat kepada penonton.

Contoh Full Shot

2. Medium Shot

Medium shot ialah shot yang menunjukkan separuh badan subjek. Shot ini juga akan memperlihatkan subjek dengan lebih detail. Kebiasaannya, shot ini digunakan ketika adanya babak yang mempunyai dialog antara dua subjek atau hendak memberikan info kepada penonton. Ini kerana dengan shot ini, penonton akan lebih fokus kepada subjek dan apa yang hendak disampaikan akan lebih jelas.

Contoh Medium Shot

3. Close Up

Kebiasaannya close up digunakan untuk menunjukkan riak wajah dan juga emosi subjek di dalam sesuatu babak. Close up ialah shot yang akan menunjukkan sesuatu benda dengan jarak yang sangat dekat. Dengan menggunakan shot ini penonton akan lebih rasai perasaan atau emosi yang hendak ditunjukkan oleh subjek dalam sesuatu situasi.

Contoh Close Up

4. Establish Shot

Shot ini ialah shot yang dirakam dari jarak yang sangat jauh dan tinggi. Shot ini berfungsi untuk memberitahu penonton di mana sesuatu situasi itu berlaku. Kebiasaannya shot ini akan diletakkan pada permulaan babak sebelum masuk kepada dialog antara dua karakter ataupun babak-babak lain. Shot ini sangat penting untuk mengelakkan penonton tertanya-tanya babak itu berlaku di mana dan waktu bila ia berlaku, siang atau malam.

Contoh Establish Shot

5. Over The Shoulder

Pengambilan gambar dari belakang bahu subjek dan menunjukkan subjek yang berada dihadapannya. Digunakan ketika berlakunya situasi berdialog antara dua karakter dan juga memperlihatkan reaksi mereka ketika berdialog.

Contoh Over The Shoulder

Kepada mereka yang ingin mula membuat video, aplikasikan camera shot ini pada video anda dan ia akan membantu membuat video anda kelihatan seperti profesional. Selain itu, apa yang anda ingin sampaikan di dalam video anda akan mudah difahami oleh penonton. Anda boleh belajar lebih mendalam berkenaan camera shot di Ilhami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *