cara install python

Cara Install Python di Sistem Operasi Windows

Apa Itu Python?

Python ialah sejenis bahasa pengaturcaraan beraras tinggi (integrated, high-level programming language). Ia dicipta pada tahun 1991 oleh Guido van Rossum, seorang programmer berbangsa Belanda. Versi terkini Python ketika artikel ini ditulis ialah versi 3.9.5. Python digunakan dalam pelbagai aplikasi seberti membina laman web, analisis data, automasi dan pembinaan kecerdasan buatan (artificial intelligence). Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk install Python di windows operating system.

Dua cara untuk install Python

Terdapat dua cara untuk anda install Python di komputer anda. Salah satu adalah melalui perisian Anaconda. Cara kedua adalah dengan memuat turun installer package di lawan web rasmi Python

Cara Install melalui Python.org

Kami hanya sarankan anda untuk muat turun dan install menggunakan cara pertama ini jika anda seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Ikuti langkah-langkah berikut:

cara install python
  1. Layari laman web python.org
  2. Pergi ke bahagian download.
  3. Anda boleh memilih untuk install versi Python terkini atau versi lama mengikut kehendak anda. Kami sarankan untuk pilih versi terkini.
  4. Pilih windows installer (64 bit) recommended. Browser anda akan memulakan proses muat turun.
  5. Setelah selesai muat turn, buka perisian installer tersebut. Proses installation akan bermula. Pastikan anda memilih add Python to Path dalam proses installation.
  6. Semak sekiranya python telah berjaya di install dalam komputer anda melalui CMD. Buka CMD dan taip python -v. Anda akan melihat versi python sekiranya ianya telah berjaya di install.

Cara install melalui Anaconda

Cara kedua adalah lebih mudah sekiranya anda seorang saintis data! Ini kerana Anaconda adalah sebuah distribusi Python yang memudahkan pengurusan package atau library. Sekiranya anda install menggunakan anaconda, pakej-pakej penting seperti Pandas, Numpy, Matplotlib dan IDE seperti Jupyter Notebook turun disediakan sekali bersama-sama di dalam satu pakej Anaconda. Ikuti cara di bawh untuk install perisian Anaconda

  1. Layari website anaconda.com. Pergi ke bahagian products dan pilih Individual Edition.
  2. Muat turun Python 3.8 64-bit Graphical Installer. Proses muat turun akan bermula dan tunggu hingga selesai
  3. Setelah selesai muat turn, Open installer tersebut dan install mengikut default setting
  4. Selesai install, anda boleh Open aplikasi Anaconda Navigator untuk semak sama ada proses installation telah berjaya

Penutup

Mudah sahaja kan nak install Python di windows. Ini adalah permulaan perjalanan anda untuk menerokai pelbagai fungsi-fungsi menarik Python. Mungkin hari nanti anda boleh cipta Artificial Intelligence anda sendiri dan mengetuai syarikat startup anda sendiri hanya dengan kuasai kemahiran Python programming. Sekiranya anda berminat untuk memiliki bisnes anda sendiri, anda juga boleh belajar dokumen penting akaun bisnes di sini !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *