Thumbnail artikel

Cara Memilih Aplikasi Video Editing

Pada masa kini, video adalah salah satu media yang digunakan hampir semua orang. Tetapi tidak semua orang juga tahu bagaimana untuk membuat atau menghasilkannya. Pelbagai proses yang perlu dilakukan, salah satu proses yang penting dalam pembuatan video adalah proses penyuntingan.

Penyuntingan video adalah satu proses dimana kita memilih “footage” yang telah dirakam dengan cara memotong “cut to cut” atau dengan bahasa lebih mudah ialah suntingan video adalah satu proses menggabungkan “footage-footage” dirakam menjadi satu produk akhir.

Salah satu masalah apabila mereka yang sedang mula belajar berkenaan pembuatan video ialah pemilihan aplikasi yang sesuai untuk kegunaan penyuntingan video. Terdapat banyak aplikasi yang tersedia dalam pembuatan video, tidak kiralah sama ada didalam telefon pintar ataupun di komputer. Tetapi adakah semua itu sesuai untuk kegunaan anda? Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan dalam pemilihan aplikasi suntingan video yang sesuai dengan diri anda.

Sumber : Freepik

1. Kesesuaian peranti anda

Ini adalah perkara pertama dan juga yang penting untuk anda lihat. Peranti apa yang anda hendak gunakan? Telefon pintar, PC atau laptop, tablet dan lain-lain. Jika anda menggunakan  telefon pintar, anda perlu guna aplikasi yang benar-benar direka khas untuk penggunaan telefon pintar seperti Kinemaster, Capcut, Filmora Go dan lain-lain. Sama juga dengan komputer, gunakan aplikasi yang memang direka untuk kegunaan di komputer seperti Premiere Pro, Sony Vegas, Davinci Resolve dan lain-lain. Jika anda menggunakan aplikasi komputer didalam telefon pintar, mungkin ia akan memakan banyak “memory” atau “storage”. Ia akan membuatkan proses penyuntingan anda menjadi lambat dan mungkin tidak boleh digunakan.

Sumber : Freepik

2. Spesifikasi peranti

Dalam penyuntingan video, tidak boleh dinafikan yang proses ini adalah satu proses yang agak memakan ruang peranti kita. Tetapi ada juga aplikasi yang direka yang boleh digunakan pada peranti yang agak rendah spesifikasinya. Dan semestinya ia banyak kekurangan dalam penggunaanya seperti resolusi video yang rendah, kesan-kesan khas yang sedikit dan mungkin transisi yang disediakan kurang menarik. Apa yang perlu dilihat dalam peranti jika anda hendak menggunakan aplikasi yang lebih menarik ialah saiz “memory”, “processor” yang lebih baik dan “storage” yang besar.

3. Keselesaan anda dalam penggunaan aplikasi

Setiap aplikasi berlainan reka bentuk dan fungsinya. Ada yang mudah untuk kita faham dan ada juga yang agak rumit untuk kita kenal pasti setiap fungsi yang ada pada aplikasi tersebut. Jika anda sudah ada satu aplikasi kemudian anda mencuba praktikkan dengan membuat beberapa video, tetapi anda masih tidak biasa dengan struktur aplikasi tersebut. Dalam bahasa mudahnya anda tidak dengan aplikasi tersebut. Cari aplikasi lain yang betul-betul sesuai dengan anda. Keselesaan penggunaan sesebuah aplikasi sangat penting supaya kerja-kerja kita akan jadi lebih mudah dan kepada yang baru menceburi bidang ini juga tidak akan mudah putus asa untuk belajar dengan lebih mendalam.

Aplikasi video editing di laptop atau pc

4. Pilih aplikasi yang sesuai dengan keperluan anda

Pemilihan aplikasi video haruslah berdasarkan keperluan anda. Jika keperluannya hanya sekadar untuk memotong video. Tidak memerlukan kesan-kesan khas atau transisi yang begitu advance, guna sahaja aplikasi yang biasa dan mudah dalam penggunaannya. Dan disebaliknya pula, jika memang penggunaan anda adalah untuk membuat video-video yang profesional , tidak rugi jika anda membeli atau melanggan sesebuah aplikasi yang berbayar seperti Adobe Premiere Pro. Langkah ini perlu diambil untuk mengelakkan pembaziran sama ada dari segi kos ataupun dari segi kepenggunaan kita. Contoh aplikasi berbayar

Banyak lagi sebenarnya cara yang anda boleh gunakan dalam pemilih aplikasi yang sesuai. Untuk tahu lebih lanjut, setai kursus online Video Editing dan Videography di ilhami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *