Cara “Stalk” Iklan Pesaing di Facebook

Pesaingan dalam perniagaan tidak dapat dielakkan. Hatta kalau kita menjual goreng pisang pun akan ada pesaingan dengan gerai goreng pisang yang lain.

Jika kita melihat pesaingan itu dari sudut negatif, kita hanya akan nampak keburukan orang lain. Dan akan timbul perasaan yang orang lain ingin menjatuhkan kita.

Namun, jika kita melihat pesaingan dari sudut positif, sebenarnya pesaing kita adalah orang yang membantu untuk kita pergi lebih jauh ke hadapan.

Tanpa pesaing, kita akan lebih mudah berasa selesa dengan apa yang kita miliki. Dengan wujudnya pesaing, kita akan lebih berinovasi untuk memasarkan produk atau jualan kita.

Dalam menjalankan perniagaan di internet terutama di Facebook, anda juga akan bertemu dengan ramai pesaing. Jadi bagaimana untuk kita memanfaatkan pesaing kita bagi meningkatkan lagi jualan kita?

Salah satu caranya adalah dengan melihat iklan pesaing kita dan kita tiru. Bukan nak ajar anda untuk ambil sebiji-sebiji iklan mereka. Lihat iklan pesaing anda, tiru dan tambah baik iklan mereka

Artikel ini akan membincangkan cara untuk kita lihat iklan pesaing kita di Facebook supaya kita dapat idea iklan mana yang lebih mendapat perhatian orang ramai.

Cara lihat Iklan Pesaing

Buka Browser Google
Pertama : Buka Browser anda

Search Facebook Ads Library untuk lihat iklan pesaing anda
Kedua : Search “ Facebook Ads Library”

Ketiga : Pilih Ad Library

Masuk ke Ad Library untuk cari iklan pesaing nada
Keempat : Masukkan kategori iklan – Semua iklan

Masukkan Nama Iklan Pesaing
Kelima : Masukkan nama Page pesaing anda

Pilih Iklan pesaing anda
Keenam : Pilih Akaun yang anda nak lihat iklan mereka

Anda boleh lihat semua iklan peasaing anda disini
Semua iklan pesaing anda akan terpapar disini.

Anda boleh lihat semua iklan yang mereka buat. Boleh tiru dan tambah baik iklan pesaing anda dan kita gunakan untuk buat iklan kita di Facebook.

Nota: Tak semua pesaiang anda menjalankan pemasaran di Facebook. Jika anda tidak melihat pesaing anda di sini, berkemungkinan besar mereka tidak membuat iklan secara berbayar di Facebook.

Untuk dapatkan tips lebih menarik, follow telegram ILHAMI. Klik di sini.

Nak belajar Facebook Ads? Belajar disini.

Artikel Menarik di ILHAMI :

TIPS ELAK WARGA ASING LIKE IKLAN KITA DI FACEBOOK

Jana Pendapatan Dengan Membuat Video

Jenis-Jenis Video Marketing Yang Berkesan

Kos Per Lead (CPL) Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *