bigdata

Big Data : Maksud, ciri dan kepentingan dalam tiga bidang

big data

Data raya atau lebih dikenali sebagai ‘Big Data’ semakin dikenali dan digunakan dalam pelbagai bidang seperti sains komputer, perubatan, kewangan dan perniagaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ekoran itu, ia dihasilkan dari pelbagai sumber termasuk media sosial dan transaksi mudah alih.

Mengikut kajian yang telah dijalankan pada tahun 2018, 3.5 bilion carian setiap hari dan pengguna Facebook memuat naik 300 juta gambar, 510,000 komen, dan 293,000 kemas kini status telah diproses oleh Google. Bukan itu sahaja, Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) juga menganggarkan bahawa setiap 2 tahun,  jumlah data yang dihasilkan bakal berlipat ganda. Jadi, berapa pula jumlah data terkumpul yang dihasilkan oleh setiap orang pada tahun 2021?

Maksud dan Ciri

Big Data telah didefinisikan oleh McKinsey Global Institute (MGI) sebagai “satu set data yang saiznya melebihi kemampuan alat perisian pangkalan data khas untuk mengumpulkan, menyimpan, mengurus dan menganalisis data”. Selain itu, exabyte data telah dihasilkan oleh fenomena big data setiap hari atau mungkin lebih lagi.

Secara umumnya, Big Data merujuk kepada kumpulan data yang besar dan kompleks yang sering digunakan untuk proses analisis. Big Data menumpukan pada lima ciri V iaitu Volume, Velocity, Variety, Value dan Veracity.

big data

1. Volume: Ia merupakan ciri terpenting dan tersendiri dalam Big Data dan merujuk kepada saiz data yang diperolehi.

2. Velocity: Merujuk kepada kepantasan data iaitu seberapa cepat data dikumpul, disimpan, dianalisis dan dilihat.

3. Variety: Merujuk kepada jenis data yang dapat diproses atau diproses dan ia terdiri daripada jenis data berstruktur atau tidak berstruktur.

4. Value: Merujuk kepada nilai data yang dikumpulkan kepada keputusan yang ingin dilakukan.

5. Veracity: Merujuk kepada kebolehpercayaan terhadap data untuk membuat keputusan.

Kepentingan Big Data

1. Bidang kewangan

Peranan Big data banyak digunakan bagi meningkatkan pengesanan penipuan dalam bidang kewangan terutamanya untuk meningkatkan pengesanan penipuan. Big Data kemudiannya akan menganalisis pola data transaksi masa nyata dan mencari korelasi antara pelbagai sumber. Selain itu, bagi mengenal pasti corak pelanggan, tingkah laku mereka semasa melakukan transaksi akan direkodkan dan dianalisis. Oleh itu, corak yang berkaitan dengan penipuan dan transaksi baru yang sesuai dengan model corak bahkan jika terdapat sebarang transaksi diluar corak dapat dikenal pasti dan menampilkan bahawa akaun itu mungkin sedang digodam. Jom tambah ilmu keawangan disini.

2. Bidang Kesihatan

Big Data juga berperanan penting di dalam industri kesihatan. Pengumpulan maklumat pesakit seperti maklumat demografi dan keperluan pesakit bagi menentukan perkhidmatan, meramalkan dan mencegah krisis mampu diaplikasikan dengan menggunakan Big Data. Disamping itu, ia juga biasanya digunakan sebagai analisis ramalan untuk penyakit. Hal Ini akan mampu meningkatkan pengawasan kesihatan masyarakat dan pengembangan vaksin untuk penyakit yang disasarkan.

3. Bidang Perniagaan

big data

Ekoran itu, Big Data juga sangat penting bagi industri perniagaan runcit bagi menganalisis tingkah laku pelanggan mereka. Dari sudut untuk memperbaiki susun atur kedai mahupun susunan atau struktur produk, data ini sangat beharga bagi pemilik kedai. Pada waktu yang sama, ia digunakan bagi memahami kesihatan kewangan sebuah kedai, memaksimumkan permintaan produk dan promosi sehingga mendorong penjualan maksimum. Hal ini menyebabkan harga produk juga boleh berubah berdasarkan pola permintaan pasaran dan perubahan produk mengikut analisis yang dijalankan.

Jom follow telegram ilhami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *