Cost-Benefit Analysis (CBA)

Cost- Benefit Analysis atau dikenali sebagai CBA merupakan salah satu tools yang digunakan untuk membuat keputusan secara sistematik. Penggunaan CBA ini amat mudah dan berkesan. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat keputusan perniagaan, malah ia juga boleh digunakan untuk membuat keputusan harian.

Cara guna CBA

Apabila sesuatu keputusan yang penting hendak dibuat, keputusan tersebut perlu di analisa samada ia memberikan kesan yang baik atau sebaliknya. Dengan menggunakan CBA, keputusan boleh di analisa dengan baik kerana kesan sesuatu keputusan yang dibuat boleh di lihat dengan mudah.

Langkah 1 – Senaraikan kelebihan (benefit) keputusan

Langkah 2 – Senaraikan kekurangan (cost) keputusan

Langkah 3 – Analisa kelebihan dan kekurangan keputusan

Costs & Benefits yang disenaraikan bukan sahaja melihat pada faktor kewangan, malah non-financial factors harus disenaraikan juga dalam CBA.

Cost-Benefit Analysis

Contoh

Syarikat ABC ingin menjalankan projek baru. Pihak pengurusan senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan jika projek ini dijalankan.

Cost-Benefit Analysis ‘T’ account

Benefits

  • bakal memberi sumber pendapatan yang baru
  • tidak ramai pesaing dalam pasaran
  • Mengukuhkan branding

Costs

  • perlu melantik pekerja yang ramai
  • memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk membangunkan projek ini
  • memakan masa yang lama untuk dihasilkan
  • Syarikat berdepan dengan risiko yang tinggi jika tidak dikendalikan dengan baik

Pelbagai cara penggunaan yang boleh digunakan seperti format listing atau pon ‘T’ account (rujuk gambar rajah).

Menggunakan CBA membantu membuat sesuatu keputusan secara sistematik berbanding keputusan dibuat tanpa di senaraikan kebaikan dan kekurangan sesuatu keputusan tersebut. Proses mudah ini mampu membantu kita membuat keputusan yang baik.

Sukar atau belum buat keputusan untuk membeli kursus di ILHAMI? Boleh gunakan CBA untuk menentukan pembelian kursus di ILHAMI berbaloi atau tidak. Jangan lupa untuk follow kami di facebook page ILHAMI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *