
Pendahuluan
Salah satu masalah utama bagi mereka yang menjalankan pengiklanan di Facebook adalah mendapat banyak LIKE daripada warga asing.
Mendapat LIKE yang banyak itu bagus jika kita lihat dari sudut positif. Tetapi dari sisi lain, ia meningkatkan kos iklan kita. Lebih-lebih lagi sekiranya yang LIKE iklan kita itu bukan golongan yang menjadi target market kita dan tidak membawa kepada jualan.
Sebagai contoh kita menjual tudung bawal. Apabila kita buat iklan, kita dapat banyak LIKE.
Tapi adakah orang yang LIKE iklan kita itu akan membeli produk kita? Adakah mereka berpotensi menjadi pelanggan kita. Terutama sekali warga asing. Adakah mereka target market kita?
Kesan LIKE warga asing di iklan Facebook kita
Ini masalah yang sering saya hadapi sewaktu mula-mula menjalankan pengiklanan di Facebook.
Situasi ini akan meningkatkan kos iklan kita. Setiap LIKE akan dicaj, setiap reach akan dicaj. Kos akan bertambah, sedangkan jualan masih lagi tiada.
Jadi lebih baik sekiranya kita memilih prospek (audience) yang tepat sebelum kita memulakan pengiklanan kita di Facebook supaya dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kadar jualan produk atau servis kita.
Di dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa Tips untuk elak warga asing daripada LIKE iklan kita di Facebook.
1. Exclude Semua Negara Jiran dan Berdekatan

Untuk mengelakkan warga asing LIKE iklan kita, pertama sekali kita perlu “exclude”kan negara asal mereka. Ini bagi mengelakkan iklan kita tersebar dalam negara asing.
Bagi warga asing yang berasal daripada negara-negara ini dan sekarang bermastautin di Malaysia, mereka juga tidak akan mendapat iklan kita ini.
Antara negara yang sering saya “exclude” dalam iklan adalah : Singapura, Nepal, Myanmar, Pakistan, India, Filipina, Bangladesh, dan juga Indonesia.
2. Exclude Interest yang Selalu Warga Asing LIKE

Bagi warga asing yang baru membuat Facebook ketika berada di Malaysia, Facebook tidak dapat mengenalpasti samada mereka warga asing atau penduduk Malaysia. Mereka mungkin akan dapat iklan kita dan selalunya, golongan inilah yang akan “spam” LIKE pada iklan kita.
Untuk mengelakkan warga asing ini daripada LIKE iklan kita, kita perlu membuat sedikit kajian tentang mereka. Kita perlu tahu interest apa yang sering mereka LIKE dan kita perlu excludekan interest ini daripada iklan kita.
Caranya mudah. Sekiranya iklan kita ada warga asing LIKE, kita Cuma perlu pergi ke profile mereka dan lihat apa yang mereka suka. Lihat di post dan juga bahagian LIKE mereka.
Selain itu kita boleh berfikir secara logic perkara apa yang akan menarik perhatian warga asing ini ketika menggunakan sosial media Facebook.
Bagi warga asing yang berada jauh dari kampung halaman, mereka pasti merindukan tempat tinggal mereka. Mereka akan mencari berita dan maklumat yang berkaitan negara mereka. Jadi antara interest mereka pastilah portal berita, siaran televisyen dan radio negara mereka.
Dalam iklan kita, pastikan kita exclude interest ini bagi elakkan warga asing LIKE iklan kita.
3. Pilih Bahasa yang betul untuk iklan Facebook

Kita tidak boleh memilih semua bahasa ketika membuat iklan. Ini akan menyebabkan iklan kita sampai kepada mereka yang tidak sepatutnya. Jadi pilihlah bahasa yang menjadi bahasa pertuturan rakyat negara kita iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Sekiranya iklan kita dikhususkan kepada kaum tertentu, kita boleh juga menggunakan Bahasa Tamil dan Cina dalam bahasa yang dipilih.
4. Guna “Custom Audience” di Facebook

“Custom Audience” adalah orang yang mempunyai minat dan pernah berinteraksi dengan kita. Mereka ini mungkin pernah melayari website kita, melawat Facebook Page kita, komen dan LIKE pada iklan kita, ataupun pernah mengisi “Lead Form” di iklan kita.
Kita boleh iklankan kembali produk dan servis kita kepada mereka ini. Untuk belajar cara membuat lead form dan iklan Lead Generation, anda boleh belajar DISINI.
5. Buat Lookalike Audience

Selain kita mengeluarkan warga asing daripada mendapat iklan kita, kita juga boleh membesarkan audien kita yang sedia ada menggunakan fungsi Lookalike Audience.
Dengan fungsi ini kita dapat membuat “klon” kepada orang yang pernah membeli produk atau servis kita. Kita juga boleh mencari mereka yang seakan-akan sama dengan orang yang berpotensi menjadi pelanggan kita.
Sebagai contoh, kita boleh memilih mereka yang pernah membeli produk kita dan kita besarkan segmen pelanggan ini. Facebook secara automatik akan mencari dan menghantar iklan kita kepada golongan ini.
Ini dapat mengelakkan warga asing daripada melihat iklan yang kita jalankan di Facebook.
Penutup
Selain mengelakkan warga asing daripada LIKE iklan kita, terdapat cara lain yang kita boleh gunakan untuk perbaiki pencapaian iklan kita. Salah satunya adalah dengan video.
Untuk mengetahui jenis-jenis video marketing yang sesuai dengan produk anda, anda boleh baca DISINI.