Elemen penting yang perlu anda tahu dalam Microsoft Power BI

Elemen yang perlu kita mahir atau tahu di dalam Microsoft Power BI merupakan langkah pertama bagi pemula. Elemen ini juga merupakan asas kepada flow penggunaan software ini. Oleh itu , dengan memahami semua asas yang ada, Microsoft Power BI dapat digunakan dengan mudah. Baca juga pengertian Power BI disini . Elemen tersebut ialah :

1. Extraction

Data merupakan satu elemen penting untuk kita menganalisa data. Data merupakan suatu kumpulan yang terdiri dari fakta-fakta untuk memberikan gambaran yang luas berkaitan dengan sesuatu keadaan. Dengan adanya data ini, visualisasi bagi menjawab persoalan atau objektif dapat dibina dan seterusnya dijawab dengan baik. Sehubungan dengan itu, Microsoft Power BI menerima pelbagai jenis data seperti python , sql server, R mahupun data dari Microsoft Excel seperti csv dan xlsx. Oleh itu, extraction disini merupakan langkah pertama untuk anda faham cara masukkan data ke dalam Microsoft Power BI bagi tujuan visualisasi.

2. Transformation

Data boleh terbahagi kepada dua keadaan iaitu bagus atau tidak bagus . Data boleh menjadi tidak bagus kerana ia kotor, dimana terdapat nilai yang hilang atau kosong pada ruangan row atau columns data. Oleh itu, transformation perlu difahami bagi tujuan memanipulasi data yang tidak bagus menjadi bagus . Ia juga boleh dikenali dengan Data Cleaning. Bukan itu sahaja, pada bahagian transformation ini juga , row atau column yang tidak diperlukan boleh dibuang. Ia juga membolehkan kita untuk membuat kumpulan data berdasarkan kategori tertentu bagi menjawab soalan sedia ada.

3. Modelling

Modelling merupakan elemen untuk membina hubungan relationship antara satu entity kepada entity yang lain. Hubungan ini terjadi apabila terdapat key yang boleh menghubungkan mereka contohnya product_id. Oleh itu , jika data transaksi pelanggan hanya mempunyai id produk tanpa detail produk serta data produk mempunyai id produk beserta detail produk , maka dua data ini akan dihubungkan dengan id produk tersebut.

4. Calculation

Calculation merupakan elemen dimana kira-kira diaplikasi kepada data. Kira-kira ini terdiri daripada sum, mean, median, average, max, min dan sebagainya. Di dalam Microsoft Power BI ini, calculation dikenali sebagai measure. Measure ini terbahagi kepada dua iatu measure dan quick measure. Quick measure merupakan features dimana kita hanya perlu pilih jenis kira-kira yang kita ingin aplikasi kepada data , manakala measure merupakan tempat dimana kita boleh mengaplikasikan coding seperti Fungsi Dax bagi tujuan kira-kira yang lebih terperinci.

5. Visualization

Visualization merupakan asas kepada pemahaman jenis-jenis visualisasi di dalam Microsoft Power BI. Power BI merupakan software yang interaktif bagi tujuan visualisasi kerana ia mempunyai pelbagai jenis chart yang boleh digunakan bagi menjawab permasalahan yang disenaraikan. Oleh itu, pemahaman jenis visualisasi serta kegunaannya merupakan asas yang perlu difahami sebelum pembinaan analisa.

6. Automation

Pernah bina visualisasi chart menggunakan Microsoft Excel dan bentang bersama Microsoft Power Point? Hal ini membuatkan sesuatu kerja dibuat berulang-ulang kali. Bahkan dokumen juga berbeza-beza untuk setiap laporan. Oleh itu, dengan features automation di dalam Microsoft Power BI, laporan dapat dikemaskini dengan menggunakan satu button sahaja iaitu “Refresh Button”. Selain itu juga, laporan dashboard yang dibina boleh dikongsi dengan menggunakan satu link sahaja.

Jom ikuti telegram ilhami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *