Dalam pembuatan video, kita perlu melalui beberapa fasa bagi melancarkan perjalanan sepanjang penghasilan sesebuah video. Pada penulisan saya kalini ini, saya hendak menceritakan proses yang paling penting dalam pembuatan video dan ia berada di dalam fasa Pre-Production. Proses ini ialah penulisan skrip. Di dalam penulisan skrip, terdapat beberapa format-format yang sangat mudah untuk anda semua memahaminya. Saya akan kongsikan kepada anda format-format yang penting dan paling asas dalam penulisan skrip.

SCENE HEADING
Scene heading berfungsi untuk memberitahu kepada krew dan juga pelakon di mana dan waktu bila sesebuah babak itu berlaku. Format pertama ini terletak pada bahagian paling atas untuk setiap babak.
Contoh scene heading:

‘INT’ ialah interior atau dalam. Selain INT, kita juga ada EXT iaitu exterior atau luar. INT atau EXT ini digunakan untuk menjelaskan sesebuah babak itu berlaku di dalam atau di luar (indoor atau outdoor). ‘BILIK ACIK’ pula hendak memberitahu di mana tempat situasi itu berlaku. ‘MALAM’ merujuk kepada waktu bila situasi itu berlaku. Malam, siang, pagi atau petang?
ACTION
Action berfungsi untuk memberitahu pelakon apa yang perlu mereka lakonkan. Penulis skrip akan terangkan secara detail di bahagian action ini. Setiap pergerakkan, setiap perkara yang ada di dalam sesuatu situasi perlu kita tulis di dalam action ini. Ia akan memudahkan semua krew untuk menjalankan tugas mereka.

CHARACTER
Sebelum kita pergi ke dialog, kita juga perlu menulis nama watak yang terlibat dalam sesuatu babak tersebut. Ini akan memudahkan pelakon untuk mengenal pasti setiap dialog yang perlu mereka lontarkan.

DIALOG
Perkara yang paling penting di dalam penulisan skrip ialah dialog. Dialog yang bagus akan memudahkan para penonton lebih faham dan mudah terima setiap mesej yang hendak kita sampaikan melalui video kita itu. Pastikan penulisan dialog itu bersesuaian dengan jenis cerita yang hendak kita hasilkan.

Jika terdapat dialog yang tidak perlu dilontarkan secara terus. Sebagai contoh suara hati, suara latar, pencerita dan lain-lain. Penulis perlu nyatakan pada bahagian sebelah CHARACTER. Penulis akan letakkan (V.O) iaitu Voice Over atau (O.S) Off Screen.

TRANSITION
Jika telah selesai menulis untuk sesuati babak dan hendak pergi kepada babak seterusnya,kita perlu letakkan transition di sebelah bawah kanan babak yang telah selesai. Kita boleh meletakkan CUT TO: , CUT TO FLASH: , DISSOLVE TO END. Jika skrip kita telah siap sepenuhnya, kita juga perlu meletakkan CUT TO: menandakan cerita telah selesai.

Kepada mereka yang baru hendak mencuba menulis skrip ini, saya sarankan kepada anda untuk mengikut setiap format yang telah saya sediakan ini. Praktiskan selalu supaya anda biasa dengan penulisan skrip ini. Jom sertai group telegram ILHAMI untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan pembuatan video.