Pada artikel sebelum ini saya ada berkongsi berkenaan camera shot, pada kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan video production. Jika anda ingin memasuki di dalam bidang video production atau dunia perfileman, anda perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Di dalam produksi filem tidak kira projek yang besar atau kecil, setiap kru produksi akan menggunakan beberapa istilah yang akan memudahkan kerja-kerja mereka. Dari peringkat pre production sehinggalah post production istilah-istilah ini sangat penting dan anda perlu ketahuinya terlebih dahulu sebelum libatkan diri dalam bidang ini.
Saya akan kongsikan kepada anda beberapa istilah video production yang selalu digunakan di dalam produksi filem pada masa kini.
1. Script Breakdown
Script breakdown adalah istilah yang digunakan untuk membuat proses melihat secara detail apa yang terdapat di dalam skrip atau dengan bahasa mudahnya bedah skrip. Proses ini dilakukan untuk memastikan setiap elemen yang diperlukan dalam setiap babak seperti pelakon yang muncul dalam setiap babak, lokasi yang perlu digunakan, props yang diperlukan dalam setiap babak, makeup seperti apa yang diperlukan dan juga pakaian apa yang perlu dipakai oleh pelakon.
Script breakdown juga digunakan untuk menentukan shot apa yang akan digunakan dalam setiap babak. Selain itu ia diperlukan untuk menentukan camera angle, jenis-jenis shot, audio, dan pencahayaan yang akan digunakan dalam proses produksi nanti.

2. PPM (Pre-Production Meeting)
Setelah menentukan setiap elemen yang diperlukan dalam video atau filem, seterusnya pembentangan projek akan dibuat kepada seluruh kru yang terlibat dan juga kepada pelabur atau sponsor projek tersebut. Pertemuan ini dipanggil Pre-Production Meeting (PPM). Pada meeting ini kita perlu menyampaikan visi yang akan dijalankan dalam projek bahkan meeting ini juga akan membincangkan perkara yang detail seperti contoh visual, jadual produksi dan pembentangan bajet yang diperlukan.

3. Scouting
Terdapat dua perkara yang terdapat dalam proses scouting iaitu mencari lokasi yang sesuai mengikut apa yang tertulis di dalam skrip dan yang kedua ialah mencari pelakon-pelakon untuk setiap watak. Scouting digunakan dalam mencari pelakon di bawah agency-agency atau individu yang terlibat secara langsung. Jika pencarian pelakon melalui sebuah audition, kebiasaannya istilah yang digunakan ialah casting.
4. Reading
Reading ialah istilah yang digunakan untuk mempersiapkan pelakon sebelum proses shooting bermula. Pelakon akan membaca dan menghayati setiap skrip yang perlu mereka lakonkan. Proses ini perlu dibuat untuk memastikan pelakon dapat mempelajari karakter dan babak yang akan mereka lakukan. Ia juga membantu mempercepatkan waktu ketika shooting dan berjalan lebih efisien dan efektif.

5. Recce
Recce ialah proses survey lokasi pengambaran. Ini bertujuan untuk melihat setiap sudut lokasi dan menyesuaikan keadaan lokasi tersebut. Ia akan mudah untuk menentukan penggunaan camera shot dan angle yang sesuai dan juga pencahayaan. Persediaan awal akan dapat dibuat seterusnya ia akan menyingkatkan waktu shooting dan berjalan dengan lancar.
6. Crew Call
Istilah ini berfungsi untuk mengingatkan kru-kru agar datang ke lokasi pengambaran tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Kebiasaannya crew call dilakukan oleh producer dengan cara menghubungi setiap kru beberapa jam sebelum proses shooting berlangsung.

7. Wrap
Istilah ini adalah istilah yang paling ditunggu-tunggu dan paling mengembirakan setiap kru. Jika setiap babak sudah selesai dirakam dan tiada kesalahan yang perlu dibuat semula, pengarah akan menjerit “ IT’S A WRAP” yang menandakan proses shooting sudah selesai.
Mempelajari istilah-istilah ini akan memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan kru-kru lain apabila anda memasuki industri seni ini. Ia juga akan membuatkan anda kelihatan seorang yang profesional di dalam bidang ini. Jika anda hendak belajar lebih mendalam bagaimana perjalanan dalam video production, anda boleh pelajarinya di ILHAMI.