Membuat video bukanlah hanya boleh dijadikan sebagai minat. Tetapi dengan membuat video kita juga boleh menjana pendapatan. Seperti artikel saya sebelum ini, saya ada menceritakan jenis-jenis video untuk pemasaran bisnes. Pada masa kini, terdapat banyak syarikat telah menggunakan medium video sebagai bahan untuk pemasaran mereka. Jadi sudah semestinya permintaan perkhidmatan video juga akan bertambah. Contoh lain pula ialah video perkahwinan yang tersangatlah banyak permintaannya di dalam negara kita masa ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk mereka yang ingin menambah pendapatan.

Kepada mereka yang juga ingin mula menjana pendapatan dengan membuat video, saya akan kongsikan beberapa tips dan anda boleh praktikkannya.
1. Pembuatan video percuma
Pada permulaan karier untuk menjadi seorang freelancer ini, orang tidak mengenali kita dan orang tidak tahu kemahiran kita. Jadi, kita perlu membuatkan orang mengenali kita dengan cara menawarkan pembuatan video percuma sebagai contoh tawarkan kepada rakan-rakan, keluarga, sedara mara dan orang yang berdekatan dengan kita. Dengan hasil kerja kita itu, kita boleh jadikan ia sebagai portfolio kita untuk kita mula membuat video yang berbayar pula. Selain itu kita juga boleh letak di media sosial untuk kita tunjukkan kemahiran kita kepada orang ramai.
2. Buat portfolio
Saya ada tekankan berkenaan portfolio pada point yang pertama tadi. Portfolio ialah satu tempat yang kita akan kumpulkan semua hasil kerja yang telah kita buat. Ia berfungsi apabila kita hendak meyakinkan mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan kita. Portfolio ini boleh sahaja kita simpan di dalam satu fail seperti di laptop dan pc. Kita juga boleh membuat satu website dan kita letak semua hasil kerja di dalam website tersebut. Jika ada client yang nak melihatnya kita boleh sahaja kongsi link website tersebut. Ia lebih mudah dan akan nampak lebih profesional.

3. Kerap sertai pertandingan
Kerap sertai apa-apa pertandingan pembuatan video. Ia akan membantu kita untuk tahu di mana tahap skill dan kemampuan kita. Dalam masa yang sama kita juga boleh mengasah lagi skill kita untuk jadi lebih baik. Selain itu, kita juga akan menaikkan lagi nama kita dan akan lebih dikenali. Kalah atau menang itu bukanlah satu keutamaan tetapi apa yang kita nak adalah pengalaman dan kesan yang positif disebalik kita memasuki sesuatu pertandingan itu.
4. Buat networking dengan freelancer lain.
Dengan mengenali freelancer-freelancer lain. KIta akan belajar pelbagai ilmu baharu yang dikongsi oleh mereka yang lebih pengalaman dan sudah lama berada di dalam industri pembuatan video ini. Kita akan sentiasa dapat belajar dari mereka dan boleh meningkatkan lagi skill kita daripada apa yang kita telah belajar. Jangan malu untuk berkenalan dengan mereka kerana ia akan banyak memberi manfaat kepada kita.
Jangan lepaskan peluang yang telah berada di depan mata anda. Tidak rugi jika bermula dari sekarang kerana ia akan membantu kita di masa akan datang. Nak tahu lebih mendalam bagaimana hendak mula membuat video? Sertai saya di ilhami.