Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis marketing yang telah dilakukan oleh mereka yang ingin mempromosikan produk. Dengan membuat marketing juga, mereka ingin menaikkan lagi nama syarikat supaya dikenali oleh masyarakat. Antara jenis marketing yang paling berkesan pada masa kini adalah dengan membuat video. Terdapat pelbagai jenis video untuk marketing yang anda boleh buat. Saya akan kongsikan jenis-jenis video marketing yang saya pernah buat untuk sesebuah syarikat.

1. Video Branding
Video branding adalah video yang dibuat untuk memperkenalkan produk yang anda ingin jual atau untuk pasarkan secara terperinci. Dengan membuat jenis video ini, anda boleh meyakinkan pelanggan bahawa produk yang anda pasarkan adalah sangat berkualiti dan unik. Video branding ini tidak semestinya anda perlu bercakap tentang produk semata mata. Anda juga boleh pelbagaikan cara penyampaiannya. Contohnya adalah, membuat iklan perayaan, filem pendek, animasi dan lain-lain.
2. Video Testimoni
Dengan membuat video testimoni, kita akan membuatkan pelanggan kita yang hendak membeli akan lebih percaya. Tetapi, pastikan testimoni itu adalah perkara yang positif sahaja bukan sebaliknya. Kita juga perlu memastikan orang yang membuat review produk kita itu adalah bukan daripada kalangan staff ataupun kita membayar orang untuk berlakon. Jika pelanggan dapat tahu di dalam video tersebut adalah sebahagian dari staff atau hanya lakonan, ia akan memburukkan lagi imej produk tersebut dan membuatkan pelanggan hilang rasa minat. Dapatkan video testimoni yang bagus dari pelanggan yang bersemangat untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk kita.
3. Review produk
Video review produk ini hampir sama seperti anda membuat video branding. Tetapi video review produk ini anda lebih buat dengan bersahaja atau spontan. Jenis video sebegini lebih tarik minat penonton masa kini. Terdapat banyak video review yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat di luar sana untuk produk mereka. Untuk pelanggan yang ingin membeli produk secara online, video review ini tersangatlah penting untuk mereka lebih percaya dan minat untuk membeli. Mereka akan cari review-review ini untuk mendapat kepastian tentang keberkesanan produk sebelum mereka membeli.

4. Video Live
Di dalam live ini, anda boleh membuat apa sahaja seperti menerangkan atau melancarkan produk yang baharu, membuat review, demo produk, membuat promosi dan lain-lain. Anda perlu mempunyai karakter yang menarik untuk membuatkan pelanggan suka untuk tengok live tersebut. Mungkin akan ada yang tertunggu-tunggu setiap kali sesi live dibuat. Dengan membuat live juga kita akan mendapat tarik lebih banyak leads dan minat orang ramai. Seterusnya menjadikan produk atau syarikat kita dikenali.

5. Vlog
Kita boleh membuat vlog ini untuk merapatkan lagi hubungan antara syarikat dan pelanggan. Kita menampakkan bagaimana budaya di sesebuah syarikat dan memperkenalkan staff-staff yang ada di syarikat tersebut. Pelanggan akan lebih tertarik jika melihat budaya yang positif dan secara tidak langsung ia akan membuatkan pelanggan tersebut lebih percaya produk yang dijual itu adalah produk yang bagus. Membuat vlog ini adalah sangat mudah dan peralatan untuk membuat vlog juga tidaklah memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh membaca blog keperluan asas vlog yang telah saya sediakan sebelum ini.

Anda boleh membuat jenis-jenis video marketing ini untuk menaikkan lagi jualan produk atau nama syarikat anda. Jangan lepaskan peluang dan ketinggalan dengan cara marketing paling berkesan ini. Kami di ilhami juga ada menawarkan kursus berkaitan marketing. Anda boleh sertai group telegram ilhami untuk tahu lebih lanjut.