Kaedah Pengrekrutan Bagi Mendapatkan Calon Yang Berpotensi

Kaedah pengrekrutan terbahagi kepada dua sumber iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Sebelum itu, pengrekrutan adalah proses dimana HR mengenalpasti dan menggalakkan pemohon yang berpotensi untuk mengisi jawatan kosong dalam organisasi. Ia dapat membantu HR memilih calon yang terbaik daripada sekumpulan calon yang memohon jawatan tersebut. Sumber itu bermaksud dari mana anda boleh mendapatkan calon-calon yang berpotensi tersebut.

Sumber Dalaman

Kaedah Pengrekrutan

Sumber dalaman adalah sumber pertama yang anda sebagai HR boleh gunakan untuk mendapatkan calon yang berpotensi. Sumber dalaman adalah merujuk kepada pekerja sedia ada dalam organisasi anda. Iklan jawatan kosong tersebut hanya dibuka kepada pekerja dalam organisasi sahaja. Ia merupakan satu langkah yang baik kerana dapat memberi peluang kepada pekerja untuk mengembangkan kerjaya mereka. Medium pengiklanan yang boleh digunakan adalah melalui pengumuman di papan kenyataan organisasi, risalah organisasi, emel pekerja, pencalonan dari pengurus dan lain-lain.

Sumber Luaran

Kaedah Pengrekrutan 1

Kaedah pengrekrutan juga boleh menggunakan sumber luaran. Jika sumber dalaman, calon adalah dari kalangan pekerja sedia ada, manakala bagi sumber luaran pula calon adalah mereka yang bukan bekerja dalam organisasi anda. Pengiklanan dilakukan secara meluas, sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakkan boleh memohon jawatan tersebut. Sesetengah organisasi lebih suka mengambil pekerja baru dari luar organisasi kerana mereka boleh memberikan idea dan inovasi baru kepada syarikat. Medium pengiklanan yang boleh digunakan untuk sumber luaran adalah melalui laman web syarikat, portal pekerjaan, media social, agensi pekerjaan dan sebagainya.

Kedua-dua sumber ini boleh digunakan mengikut kesesuaian jawatan yang ditawarkan. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Kebiasaanya sumber luaran digunakan bagi memenuhi kerja di peringkat kemasukan dan sumber luaran pula kebiasaannya untuk jawatan tertinggi seperti pengurus. Anda boleh langgan kursus Pengurusan Sumber Manusia di app.ilhami.my untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pengurusan sumber manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *