
Pemasaran merupakan asas penting bagi mengembangkan perniagaan. Kini, gambar, poster atau infografik juga dilihat semakin banyak digunakan sebagai bahan pemasaran atau promosi di media sosial.
Hal ini adalah kerana pengguna di media sosial semakin meningkat saban hari. Jadi, lebih ramai orang akan mengenali produk yang dipaparkan sekaligus meningkatkan potensi mereka untuk menjadi pelanggan.
Poster atau infografik adalah gambar yang menarik hasil gabungan tulisan, warna, ikon-ikon berbagai bentuk dan mempunyai maklumat yang ingin disampaikan.
Kenapa ya poster serta infografik semakin kerap digunakan ?
Berikut saya kongsikan 3 kelebihan menggunakan gambar, poster serta infografik sebagai bahan pemasaran untuk menarik pelanggan di media sosial.
1. Cara Yang Mudah Untuk Sampaikan Maklumat
Kini, media sosial adalah tempat untuk para pengguna mendapat limpahan info atau berbagai maklumat. Tidak semua orang mampu meluangkan lebih masa untuk membaca copywriting atau penulisan yang panjang di media sosial.
Dengan adanya poster atau infografik, ia menjadikan kita lebih mudah menyampaikan maklumat kepada pengguna, secara lebih ringkas dan yang paling penting mudah difahami oleh pengguna.

2. Cara Terbaik Meningkatkan Trafik
Dalam dunia pemasaran digital, kita boleh lihat pentingnya 3-seconds rule, yang mana kita perlu menarik perhatian pengguna dalam masa 3 hingga ke 5 saat, bahasa mudahnya macam jatuh cinta pandang pertama.
Dengan gabungan tulisan, warna dan corak yang cantik, sebuah poster atau infografik sudah tentu mampu menarik minat pengguna untuk lebih tahu tentang profil, jenama atau produk kita. Apatah lagi jika ditambah dengan mana-mana gambar figura hebat, pasti ia menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan pengguna kepada anda.
Poster atau infografik yang menarik akan dikongsi dengan sukarela oleh pengguna dan semestinya akan menaikkan trafik di laman web atau akaun media sosial anda.

3. Cara Berkesan Menaikkan Jenama
Poster dan juga infografik bukan sahaja menjadi perkongsian utama secara maya, ia juga boleh  meningkatkan kesedaran tentang jenama anda kepada pengguna.
Hal ini adalah kerana, manusia yang mempunyai anugerah penglihatan adalah bersifat visual. 90% maklumat yang dihantar ke otak adalah berbentuk visual, dan ianya diproses oleh otak 60,000x lebih cepat berbanding teks. Satu fakta yang menarik kan ? Sebab itu lah kita lebih suka tengok poster atau infografik lebih lama berbanding membaca teks panjang yang mempunyai konten yang sama.
Ini menjadikan pengguna boleh mengenal & mengingat logo serta identiti syarikat anda berdasarkan poster atau infografik yang dibuat. Yang penting anda perlu kerap berkongsi dan berhubung dengan pengguna, followers, atau likers melalui pelbagai medium media sosial yang ada.
Semoga anda semakin yakin untuk terus menggunakan gambar, poster mahupun infografik dalam mengembangkan perniagaan atau pengaruh anda di laman sosial. Apa-apa pun, perlu diingatkan, konten yang menarik tetapi tidak serasi dengan tema poster juga tidak akan kemana.
Sebab itu perlunya teknik yang betul dalam rekaan poster serta infografik, yang mana ia juga diajarkan didalam salah satu kursus yang ditawarkan oleh Ilhami. Nak tahu lebih lagi tentang teknik rekaan poster? Jumpa anda di Ilhami.my.