Ilmu memang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya.
Nak berjaya didunia pun perlukan ilmu, apatah lagi kalau nak berjaya diakhirat, semestinya ilmu adalah elemen yang paling utama.
Dalam hidup ini, ada macam-macam jenis ilmu yang boleh kita pelajari. Namun, ada banyak kekangan dalam proses untuk kita menimba ilmu. Antara kekangan yang paling ‘terkenal’ dalam proses menjadi orang berilmu ialah masa, kewangan dan mungkin susah nak cari tempat untuk menimba ilmu.
Kekangan masa
Semua orang sedar dan semua orang tahu bahawa masa ialah aset yang paling penting dalam dunia. Kita boleh membeli emas, walaupun harganya mahal. Kita masih boleh membeli hartanah, walaupun mungkin kita perlu meminjam duit. Akan tetapi, ada satu aset yang memang tidak boleh dijual beli iaitu masa. Sekaya mana pun kita ni, kita tidak akan mampu untuk membeli masa. Jadi, antara perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan menguruskan masa kita sebaiknya.
Kewajiban Menuntut Ilmu
Jika kita sibuk dan tiada masa, cuba rancang balik dan urus balik masa kita. Selitkan aktiviti untuk menimba ilmu dalam jadual seharian kita.
“Jika kamu tidak tahan penatnya belajar, kamu akan tanggung peritnya kebodohan”.
Imam as-syafie
Jadi, mahu atau tidak, kita mesti mewajibkan diri kita untuk sentiasa menambah ilmu. Tiada lagi alasan.
Segala kekangan yang lain, kita boleh cuba selesaikan sesuai dengan keadaan kita.
Kos Pembelajaran Menjadi Bebanan?
Sebagai contoh, jika kos pembelajaran adalah kekangan kita, sebenarnya itu bukanlah satu isu. Zaman sekarang ini dunia berada di hujung jari kita. Dengan capaian internet, sebenarnya kita boleh akses kepada pelbagai jenis pembelajaran!
Cuma, di ruangan internet ini terlalu banyak ‘sumber’. Selain itu, mungkin juga terdapat bahan yang tidak boleh dipercayai. Ini akan mengakibatkan proses pembelajaran kita menjadi sukar.
Di Ilhami, anda boleh menambah ilmu pengetahuan dengan mudah. Kami sediakan pembelajaran pelbagai bidang untuk memudahkan semua orang menimba ilmu. Anda hanya perlu masuk ke applikasi Ilhami, dan anda boleh pilih mana-mana kursus untuk dipelajari dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Sangat mudah.
Pelbagai pembelajaran dalam satu platform.

Di Ilhami juga kami kerap berkongsi pelbagai input berguna secara percuma melalui penulisan. Sebagai contoh kita ada kongsikan 3 tips untuk menghadapi temuduga, cara untuk kita memilih aplikasi editing video, dan macam-macam lagi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi daripada kami, sertai komuniti Ilhami di telegram kami di sini. Jangan lupa juga untuk layari website utama kami.
Ilhami.
Pembelajaran Kini Lebih Mudah