Thumbnail artikel

Keperluan asas Vlog

Pada masa kini, media sosial adalah salah satu tempat untuk kita berkongsi pelbagai cerita. Tidak kiralah berkongsi gambar ataupun video seperti vlog. Dengan media sosial kita boleh mendapat pelbagai info yang dikongsi oleh orang ramai seperti isu-isu semasa. Facebook, instagram dan youtube adalah platform yang kerap digunakan oleh masyarakat masa kini.

Ada juga diantara kita yang ingin menjadi lebih dari sekadar penonton. Mereka juga ingin membuat kandungan mereka sendiri dan berkongsi dengaan seluruh dunia. Seperti yang kita lihat masa kini, ramai yang telah mula membuat perkongsian mereka melalui medium video. Mereka boleh kita gelar sebagai vlogger.

Pembuatan video vlog

Kepada mereka yang juga ingin mula membuat vlog. Terdapat beberapa keperluan asas yang anda perlu ada untuk membuat vlog yang cantik.

1. Kamera atau telefon pintar

Sudah pasti anda memerlukan alat untuk merakam video.  Ini adalah keperluan paling asas yang anda perlukan untuk memulakan vlog. Kamera atau telefon pintar inilah yang anda akan membawanya kemana sahaja anda hendak pergi. Jika mempunyai bajet yang lebih dinasihatkan untuk membeli kamera dslr atau mirrorless. Tetapi jika anda hendak membuat video vlog biasa, kamera mirrorless sangat-sangat sesuai kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Jika tidak mampu untuk membeli kamera, telefon pintar sudah memadai untuk digunakan. Ada juga telefon pintar yang harganya murah tetapi kamera yang ada pada telefon tersebut sungguh cantik.

Contoh kamera dan telefon pintar yang boleh digunakan sebagai alat merakam

2. Tripod atau Gimbal

Tripod adalah salah satu keperluan yang perlu ada untuk anda membuat vlog. Tidak semua orang boleh memegang kamera atau telefon pintar untuk merakam dalam jangka masa yang lama. Mungkin video yang dirakam akan bergegar kerana tangan menggigil keletihan. Tripod sangat-sangatlah penting jika kita membuat video secara solo. Ia juga berguna apabila kita hendak membuat video yang statik. Apabila kita hendak membuat video statik yang cantik, kita tidak boleh merakam dengan memegang kamera itu. Tangan kita semestinya akan ada pergerakan walaupun sedikit.

Gimbal pula fungsinya sama seperti tripod yang kita gunakan untuk membuat video statik. Tetapi dengan menggunakan gimbal, anda boleh membuat video yang mempunyai pergerakan yang lancar dengan statik dan cantik . Tidak akan banyak gegaran pada video apabila kita mengunnakan gimbal ini. Gimbal bukan sahaja untuk kamera dslr atau mirrorless, tetapi ada juga untuk telefon pintar.

3. Alat pengcahayaan

Kebiasaannya, para vlogger banyak membuat video di dalam rumah mereka atau ditempat yang tertutup. Walaupun ditempat anda sudah mempunyai cukup pengcahayaannya, anda tetap memerlukan alat pengcahayan tambahan. Ini kerana, waktu untuk kita merakam tidak kira waktu siang atau malam. Jika kita hendak merakam pada waktu malam, sudah tentu cahaya tidak akan sama seperti waktu siang. Sebab itu kita perlukan alat pengcahayaan ini sebagai backup. Jika tidak, video yang kita rakam itu kualitinya agak tidak memuaskan atau boleh jadi ia akan gelap.

4. Mikrofon

Dalam membuat vlog ini, sudah tentu mempunyai audio yang merakam suara kita. Jika kualiti audio sangat rendah. Penonton juga akan menjadi kurang senang untuk melihat video kita. Ini kerana mereka perlu dengar dengan teliti dan melihat pergerakan mulut kita. Mikrofon yang ada pada kamera atau telefon pintar tidak cukup untuk kita guna kerana kualitinya yang agak rendah. Jika digunakan, suara latar belakang yang agak bising juga akan ditangkap yang menyebabkan suara kita tenggelam.

Jika anda mempunyai kamera, anda boleh membeli shotgun mic. Ada juga shotgun mic murah ketika pada masa kini dan kualiti juga memuaskan. Dengan menggunakan jenis mic ini kita hanya perlu meletakkannya diatas kamera sahaja. Pada mereka yang menggunakan telefon pintar pula, ada juga mikrofon yang khas untuk telefon pintar. Sebagai contoh clip mic, harganya juga murah tetapi berwayar yang akan menyebabkan pergerakan kita terbatas. Tetapi ada juga clip mic yang tanpa wayar dan harganya lebih mahal sedikit berbanding berwayar.

Belajar lebih mendalam berkenaan dengan video editing dan cara memilih aplikasi video editing yang sesuai dengan anda. Jom follow telegram ilhami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *