Resume Terlalu Panjang dan Tidak Tersusun

Kesalahan dalam resume yang pertama adalah resume terlalu panjang. Majikan menerima banyak permohonan jawatan untuk satu kekosongan jawatan jadi mereka tiada masa untuk membaca resume anda satu per satu. Jika resume anda terlalu panjang dan tidak tersusun dalam bentuk aturan yang kemas, ia akan membuatkan majikan susah untuk menapis resume anda. Resume yang ringkas tetapi padat dan mudah difahami lebih memudahkan pihak majikan untuk meneliti maklumat-maklumat dalam resume dan mempercepatkan proses tapisan. Anda digalakkan untuk menulis maklumat dalam bentuk ‘point form’. Sebagai contoh, di bahagian aktiviti atau program yang anda sertai, hanya masukkan nama program dan apa yang anda dapat dari program tersebut yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.
Terlalu Banyak Aktiviti

Kesalahan yang kedua adalah terlalu banyak aktiviti yang dimasukkan dalam resume. Jumlah aktiviti yang ideal adalah tiga hingga lima aktiviti sahaja jika lebih ia akan membuatkan resume anda nampak terlalu padat. Mungkin anda merupakan seorang pelajar yang aktif semasa zaman belajar tetapi tidak semua aktiviti yang anda sertai berkaitan dengan jawatan yang anda ingin pohon. Jadi anda boleh memilih aktiviti yang terbaik yang anda telah sertai untuk menunjukkan nilai diri dan membantu memberi impak yang besar kepada majikan. Jika anda memohon jawatan sebagai pegawai pemasaran, pilih aktiviti-aktiviti yang lebih kepada pemasaran, tiada masalah jika anda hendak tambah aktiviti-aktiviti lain seperti sertai pasukan bola sepak dan sebagainya tetapi utamakan yang aktiviti yang lebih memberi impak kepada majikan untuk disenarai pendek ke sesi temuduga.
Kesalahan Tatabahasa

Kesalahan dalam resume yang terakhir adalah kesalahan dari segi tatabahasa. Kesalahan tatabahasa merujuk kepada kesalahan ejaan, kata ganti nama diri, imbuhan dan sebagainya. Nampak seperti perkara remeh tapi ini adalah perkara yang sering berlaku dikalangan pemohon kerja. Perkara ini akan membuatkan anda nampak tidak serius dan ambil mudah dalam pembuatan resume anda. Pastikan anda membuat semakan berkali-kali sebelum menghantar resume anda kepada majikan, elakkan dari melakukan kesilapan tatabahasa yang terlalu banyak dalam resume anda.
Jom ikuti telegram ilhami dan ketahui lebih lanjut berkenaan kursus yang kami tawarkan.