Kesan Buruk Berniaga Sambilan

Ramai orang yang berniaga, tetapi tidak ramai yang berjaya. Berniaga tidak semestinya sepenuh masa. Boleh jadi seseorang itu berniaga secara sambilan.

Tidak semua orang yang berniaga akan berjaya. Bahkan, boleh dikatakan, ramai orang yang berniaga tidak berjaya. Sehingga kadang-kala boleh menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih teruk lagi.

Sebagai contoh, bayangkan jika ada seorang pekerja kerajaan dan makan gaji. Dia mempunyai waktu bekerja yang tetap. Masuk pejabat pukul 8.30 pagi dan tamat pada 5.30 petang.

Tetapi dia sangat minat untuk berniaga. Jadi apa yang dia lakukan adalah dia mengambil inisiatif untuk melakukan perniagaan sampingannya di waktu yang diamanahkan kepadanya untuk bekerja.

Di sini dinyatakan beberapa kemungkinan permasalahan yang akan timbul sekiranya kita bekerja secara sambilan.

  1. Tidak Fokus
    Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Sudah pasti ketika waktu bekerja akan ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Tidak ramai manusia yang boleh fokus beberapa perkara dalam satu masa. Banyak kesan yang negatif jika kita fokus dalam pekerjaan yang kita lakukan. Antara kesannya ialah kita tidak akan mendapat hasil yang terbaik dari kerja yang dilakukan. Bukan itu sahaja, kesihatan juga mungkin boleh terjejas.
  2. Hasil yang biasa-biasa
    Jika kita culas dan cuba fokus kepada beberapa perkara, kesannya kita tidak akan dapat hasil yang terbaik untuk kedua-dua pekerjaan kita. Pekerjaan hakiki kita akan mendapat hasil yang biasa-biasa sahaja, dan perniagaan sampingan kita pun akan membuahkan hasil yang biasa-biasa sahaja. Dan mungkin boleh jadi bukan hasil yang biasa-biasa, tapi tidak membuahkan hasil langsung. Hanya penat sahaja.
  3. Kerja Tidak Berkat
    Inilah masalah yang paling utama sebenarnya. Keberkatan adalah perkara terpenting dalam pekerjaan kita. Elemen berkat ini agak susah dibincang sebab tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kita. Seorang pekerja diamanahkan untuk melakukan pekerjaan dalam masa yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bayaran atau upah yang telah dipersetujui. Ini adalah perjanjian diantara pekerja dan juga majikan. Kedua-dua belah pihak perlu menjalankan tanggungjawab yang telah dipersetujui. Sebagai pekerja, wajib untuk kita menjalankan perkaran yang telah diamanahkan kepada kita. Jadi, amanah dengan waktu bekerja kita.

Kesimpulannya, sekiranya kita adalah pekerja tetap sepenuh masa, dalam masa yang sama kita ingin menambah pendapatan kita dengan melakukan bisnes sambilan, hendaklah kita memikirkan jalan yang sebaiknya. Tepuk dada tanya selera.

Di Ilhami kami menyediakan kursus untuk menambah pengetahuan bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Dalam kursus tersebut, diterangkan langkah-langkah untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *