Kos Per Lead adalah berbeza untuk 1 perniagaan dengan perniagaan yang lain. Sebelum saya tunjukkan kepada anda berapakah Kos Per Lead (CPL) yang sesuai dengan iklan yang anda buat, saya nak ceritakan dulu apa itu CPL atau Kos Per Lead.
CPL adalah singkatan bagi Cost Per Lead, atau lebih mudah untuk kita faham CPL adalah kos yang perlu dikeluarkan untuk kita mendapatkan 1 Lead.
Lead ialah orang yang telah berikan kepada kita data mereka seperti Nama, Alamat, No Telefon, Pekerjaan, Alamat Emel dan lain-lain. Mereka ini adalah golongan yang berpotensi untuk kita menjual produk atau servis kita kepada mereka.
Formula CPL adalah kos iklan yang telah dikeluarkan dibahagikan kepada berapa banyak lead yang kita dapat.

Kenapa kita kena tahu CPL atau Kos Per Lead ini?
Sebagai seorang marketer, kita akan sedaya upaya mendapatkan CPL yang paling rendah.
Ini bagi memastikan iklan yang dibuat berbaloi dan memberikan keuntungan yang diharapkan.
Selain itu, apabila kita dah tahu CPL, kita akan mudah untuk buat anggaran berapa banyak kos yang kita boleh laburkan untuk dapat berapa target kita sebulan.
So, berapa Kos Per Lead (CPL) yang sesuai?
Bagi saya, tiada 1 nilai CPL yang sama untuk setiap perniagaan. Mungkin bagi anda CPL RM 3 itu berbaloi.
Bagi perniagaan lain CPL RM 50 itu sudah sangat berbaloi.
Anda boleh menentukan CPL yang sesuai dengan perniagaan anda melalui 2 cara.
- Anda tanya pesaing anda, berapa CPL mereka
- Buat Split Test
Buat split test memerlukan kita mengeluarkan sedikit kos bagi membuat eksperimen. Anda boleh gunakan cara dibawah untuk buat split test.
- Buat beberapa iklan yang berbeza dari segi audien dan jenis iklan (samakan kos)
- Run iklan selama sehari
- Selepas 24 jam bandingkan kesemua iklan anda.

Daripada iklan diatas, kita boleh lihat CPL yang terbaik adalah dalam iklan A.
Selepas kita dapat CPL yang terbaik, tutup iklan B dan C. Naikkan pula bajet untuk iklan A. Scale Up.
Cara tentukan berapa nak Scale Up iklan?
Ada 2 cara untuk kita Scale Up kos iklan.
- Berapa bajet kita sebulan?
- Berapa target lead kita sebulan?
Contoh 1:
Bajet Sebulan : RM 5000

Dengan mengeluarkan kos RM 5000 sebulan, anda akan dapat 10,000 lead
Contoh 2 :
Target Lead Sebulan 15,000

Jadi, kita perlu keluarkan RM 7500 sebulan bagi mendapatkan 15,000 lead
Harap korang faham apa itu CPL dan cara kita nak Scale Up Kos iklan. Faham ke faham, cuba komen sikit.
Nak tahu cara memilih aplikasi video editing yang terbaik? Baca disini.