Lima Tips Berkesan Untuk Analisa Data

analisa

Analisa data adalah proses memeriksa, membersih, mengubah, dan model data dengan tujuan mencari maklumat yang berguna, memberitahu kesimpulan, serta menyokong membuat keputusan. Ia mempunyai beberapa aspek dan pendekatan yang merangkumi pelbagai teknik semasa digunakan dalam bidang-bidang perdagangan, sains, dan sains sosial. Baca juga pengertian big data disini.

Tips Menganalisa Data

Objektif ini bertujuan khusus yang dan perlu dinyatakan dengan jelas supaya dapat menunjukkan apa yang ingin dicapai. Menetapkan objektif ini juga dapat menumpukan perhatian dan tindakan. Selain itu, ia membantu ada untuk lebih berusaha dan membantu mengarahkan tenaga bagi mecapai sesuatu seterusnya menggerakkan keperluan untuk bertindak. Satu penyelidikan telah mendapati bahawa di mana pekerja terlibat dalam menetapkan objektif mereka sendiri lebih bermotivasi untuk mencapainya. Manakala dari sudut analisa data, anda dapat insight yang bermakna mengikut apa yang ditetapkan.

Sebuah lakaran dapat membantu menyampaikan idea, menunjukkan fungsi, menggambarkan aliran pengguna, dan menggambarkan apa sahaja yang diperlukan. Hal ini kerana, sebilangan idea terbaik adalah bermula dengan lakaran. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk masalah reka bentuk. Di samping itu, anda juga dapat menjimatkan masa dengan adanya pemahaman aliran gambaran insight yang ingin divisualisasikan. Inilah sebabnya mengapa membuat lakaran menjadi langkah penting dalam proses menganalisa data.

Gambaran visualisasi membantu kita memahami data dengan cepat. Apabila anda menunjukkan grafik atau carta yang berkesan, laporan atau presentation anda membawa kepada insight yang lebih bermakna dan mendatangkan faedah kepada sesebuah organisasi. Namun, jenis carta atau grafik mana yang harus anda pilih? Contohnya, di dalam Microsoft Power BI terdapat pelbagai jenis visualisasi yang interaktif yang boleh dipilih. Persoalannya, yang manakah jenis yang tepat? Untuk mengetahuinya, anda memerlukan pemahaman yang baik tentang bagaimana grafik atau carta ini berfungsi.

Pembinaan visualisasi ataupun menganalisa data ini terdiri daripada pelbagai cara dan pelbagai platform seperti Microsoft Excel, Tableau, Python dan Microsoft Power BI. Memilih platform yang mudah juga mempengaruhi hasil daripada kajian atau Analisa. Microsoft Power BI merupakan antara platform yang mudah untuk menganalisa data. Ia merupakan Business Intelligent Software oleh Microsoft yang membolehkan kita mengolah data dengan lebih mendalam bersama visualisasi yang lebih interaktif.

Jom ikuti telegram ilhami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *