Peluang Kerjaya Di Bidang Reka Grafik

poster by freepik.com

Anda mungkin pernah dengar perkataan graphic design, tapi tahukan anda maksud disebalik terma tersebut ? Bolehkah anda membina kerjaya dalam bidang reka grafik ni ?

Graphic design ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil reka grafik ini adalah suatu bidang yang melibatkan proses kreatif. Ia menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui komunikasi visual. Seorang pereka grafik berkemampuan dalam menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat, kulit majalah, laman web, brosur dan sebagainya.

Bahan-bahan grafik pula memerlukan perisian yang tertentu untuk membolehkan ia dihasilkan. Antara perisian yang digunakan dalam menghasilkan bahan grafik ini ia termasuklah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Indesign dan banyak lagi.

Bidang ini sangat sesuai bagi mereka yang sangat berminat untuk melakar idea-idea imaginatif supaya dapat direalisasikan di dalam industri dan berkemampuan untuk menggabungkan kreativiti dan konsep yang diperlukan untuk menghasilkan satu rekaan grafik bagi mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hasil kerja mereka yang dapat memenuhi kehendak industri seni reka grafik berkomputer.

Anda berminat ingin membina kerjaya dalam bidang reka grafik tetapi anda tiada kemahiran ?

Jangan risau. Asalkan anda ada minat, kemahiran serta kreativiti boleh diasah.

Macam saya sendiri, saya mula belajar secara tidak formal dalam grafik design dikampus dan semasa saya menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat swasta, saya mula mengikuti beberapa kursus berkaitan reka grafik ini untuk menambahkan ilmu dan kemahiran saya.  Walaupun latarbelakang pengajian saya adalah dalam bidang pengaturcaraan, tetapi saya diterima bekerja di bidang reka grafik. Dan kini hampir 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini.

Jadi, sebenarnya bila masa yang sesuai untuk menceburi bidang ini ?

Jawapannya adalah sekarang. Kerana bidang reka grafik ini adalah bidang yang sentiasa ada demand (permintaan).

Sebab apa? Ia adalah disebabkan oleh teknologi yang semakin berkembang, semua orang menggunakan servis online untuk kebanyakan urusan harian mereka. Selain itu juga, kini semakin banyak bisnes-bisnes yang dibangunkan. Jadi, dimana ada bisnes, disitu pereka grafik diperlukan untuk bersama dalam penghasilan bahan pemasaran produk.

photo by ibisworld.om

Statistik global tentang pereka grafik ini ada ditunjukkan di laman web ibisworld.com. Yang mana kita boleh lihat graf menunjukkan peningkatan dalam saiz pasaran bagi pereka grafik sejak 2012.

Walaupun ia agak menurun pada 2020, tetapi ia kembali meningkat pada tahun 2021 sebanyak 5.1% dan dijangkakan akan ada demand dan kembali meningkat sehingga 2027.

Yang lebih menarik, seorang pereka grafik boleh memilih untuk bekerja secara freelance ataupun inhouse graphic designer, iaitu bekerja dengan mana-mana syarikat. Dan pereka grafik juga mempunyai beberapa pecahan kerjaya yang lain, bukan satu saja.

Terpulang kepada minat masing-masing, kalau anda boleh berdikari, tak nak terikat dengan masa bekerja yang tetap, ingin bekerja sendiri di rumah, anda boleh memilih untuk buat sendiri-sendiri sahaja atau secara freelance. Tetapi anda sendiri perlu cari pelanggan, berurusan sendiri dengan pelanggan. Kalau dapat pelanggan yang mudah untuk berurusan, itu lebih baik. Tetapi kalau dapat pelanggan yang mempunyai macam-macam kerenah, anda perlu tenang dan bijak menguruskan pelanggan sebegini.

Walaubagaimanapun, tidak kira lah samada kita freelancer atau bekerja, sebagai pereka grafik, sekiranya bos atau pelanggan tegur rekaan kita tak lawa atau tak memenuhi kriteria yang diiinginkan, jangan ambil hati, anda perlu berlapang dada dan bersedia untuk membuat sebarang penambahbaikan.

Di ilhami.my, kami juga menyediakan kursus pengenalan asas tentang Adobe Photoshop. Siapa tahu, ia mungkin menjadi langkah pertama untuk anda bermula dalam bidang reka grafik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *