Pengaturcaraan dengan scratch

Pengaturcaraan Dengan Scratch Untuk Kanak-kanak

Pendahuluan

Kenapa perlu belajar pengaturcaraan dengan Scratch?

Gadget dan kanak-kanak sudah tidak asing lagi pada zaman moden ini. Kebanyakkan daripada kanak-kanak yang lahir dalam keluarga M40 dan T20 sudah mempunyai akses kepada telefon pintar mahupun komputer sebelum mereka bersekolah lagi.

Ini menyebabkan timbul masalah baru iaitu ketagihan gadget, dimana ianya sering digunakan untuk tujuan hiburan sahaja seperti bermain games atau menonton video youtube berjam-jam.

Jadi, alang-alang anak dah celik IT dan tahu menggunakan gadget tu, apa kata kita dedahkan mereka dengan ilmu pengaturcaraan dengan Scratch ! Ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas.

Pengaturcaraan Scratch

Scratch ialah aplikasi web bersifat interaktif dimana ia direka khusus untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang ilmu pengaturcaraan.

Ia dibangunkan oleh Scratch Foundation, sebuah non-profit organization. Maka, anak-anak anda boleh akses aplikasi web ini secara percuma! Anda boleh akses Scratch di sini.

Ciri penting yang memudahkan kanak-kanak belajar Scratch ialah ia bersifat block based dan bukannya text based. Dengan Scratch, pengguna tidak perlu menaip script program mereka, tetapi mereka perlu menyusun block untuk membuat arahan tertentu. Ianya seakan-akan bermain puzzle untuk mencipta algorithma.

Tutorial Menarik

Selain fitur mudah untuk digunakan, terdapat juga pelbagai projek dan tutorial menarik yang tersedia di dalam aplikasi tersebut untuk dicuba.

Setiap tutorial juga mempunyai Animasi dan User Interface yang menarik. Ia pastinya akan menarik lebih minat anak-anak untuk belajar sambil bermain dengan Scratch !

Fasa Seterusnya

Apabila anak-anak sudah mahir dalam pengaturcaraan dengan Scratch, tahap seterusnya yang sesuai untuk mereka ialah dengan belajar pengaturcaraan Python. Ini kerana Python mempunyai syntax yang mudah untuk difahami dan dipelajari. Ikuti langkah-langkah muat turun Python di sini.

Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik seperti membina robot, yang juga boleh dibangunkan menggunakan Python.

Anda boleh program kan pengawal mikro Raspberry Pi Pico yang menyokong bahasa pengaturcaraan MikroPython dan CircuitPython untuk menjadikannya robot. Kedua-duanya adalah subset bagi Python dan mempuyai syntax yang seakan-akan sama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *