
Business Intelligence atau dikenali sebagai BI didefinisikan sebagai maklumat yang relevan dan boleh dipercayai kepada orang yang tepat dan pada masa yang tepat (“to the right people at the right time”) . Hal ini bertujuan bagi mencapai pembuatan keputusan yang pantas dan lebih baik.
Selain daripada itu, ia merupakan proses yang didorong oleh teknologi untuk menganalisis data dan menyampaikan maklumat untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Malahan, ia juga membantu eksekutif, pengurus dan pekerja membuat keputusan perniagaan yang tepat. Oleh itu, mengumpulkan data bagi sesebuah organisasi dari sistem IT dalaman dan sumber luaran merupakan sebahagian daripada proses BI. Bukan itu sahaja, BI juga berfungsi bagi mempersiapkan maklumat untuk dianalisis serta menjawab sebarang pertanyaan terhadap data. Akhirnya ia membentuk visualisasi data, dashboard atau laporan bagi merancang strategik dengan menggunakan hasil analisa tersebut.
Matlamat utama BI ini adalah untuk menyokong keputusan perniagaan yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, ia membolehkan sesebuah organisasi meningkatkan pendapatan dan kecekapan operasi serta memperoleh kelebihan daya saing terhadap pesaing perniagaan. Bagi mencapai tujuan itu, BI menggabungkan gabungan analisis serta pengurusan data untuk mengurus dan menganalisis data.
Kelebihan Business Intelligence
1. Meningkatkan kelebihan daya saing organisasi

Sesebuah organisasi boleh menjadi lebih kompetitif apabila mereka mengetahui pasaran dan prestasi mereka di dalam pasaran. Hal ini membolehkan mereka menganalisis data dari beratus sumber dan dapat melihat masa terbaik untuk memasuki dan keluar dari pasaran dan memposisikan diri secara strategik. Dengan BI, perniagaan dapat mengikuti perubahan dalam industri, memantau perubahan musim di pasar, dan mengantisipasi keperluan pelanggan.
2. Analisis lebih pantas bersama Dashboard interaktif

Platform BI ini direka untuk melakukan pemprosesan data yang besar di cloud atau di server syarikat. Tools BI ini juga mampu menarik data dari pelbagai sumber dan kemudiannya menganalisis data mengikut pertanyaan organisasi, laporan jenis drag-and-drop dan dashboard.
3. Membantu syarikat memahami tingkah laku pelanggan

Sebilangan besar syarikat mengambil maklum balas pelanggan serta membantu perniagaan mengekalkan pelanggan dan memperoleh yang baru. Alat ini juga dapat membantu syarikat mengenal pasti corak pembelian pelaggan. Hal ini dapat membantu sesebuah organisasi lebih memahami pelanggan seterusnya memperbaiki dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Jom ikuti telegram ilhami