Microsoft Power BI: Pengertian dan Kelebihan

power-bi1

Microsoft Power BI merupakan Business Intelligent Software oleh Microsoft yang membolehkan kita mengolah data dengan lebih mendalam bersama visualisasi yang lebih interaktif dengan mudah.

Proses di dalam Microsoft Power BI ini dapat dihuraikan sperti gambar rajah di atas iaitu data dari pelabgai sumber seperti Microsoft Excel, Python , R mahupun database yang dimuat naik ke dalam Power BI. Seterusnya, ia menghasilkan laporan dashboard yang boleh diakses setiap hari . Contohnya, peningkatan sales, peningkatan customer baru dan lain-lain lagi. Baca juga tips analisa disini .

Kelebihan Power BI

1. Ciri-ciri (Features)

Microsoft telah bekerja keras dalam perisian mereka bagi memastikan aplikasi seperti Power BI kaya dengan ciri-ciri yang membolehkan ia mudah untuk digunakan. Aplikasi Power BI ini direka untuk membuat visualisasi interaktif berdasarkan data perniagaan yang mendukung anda dalam proses membuat keputusan yang bijak dan tepat. Bukan itu sahaja, Power BI Pro menyediakan kemampuan untuk membuat visualisasi data grafik, dalam persekitaran bebas atau kolaboratif. Hal ini bermakna, ia kemudiannya dapat dikongsikan kepada rakan kerja yang lain.

2.  Pelbagai platform

Anda seorang jurujual pada pelanggan, atau anda seorang CEO yang bercuti dan ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai penjualan?. Power BI membawa laporan tersebut ke komputer riba atau telefon bimbit anda. Aplikasi ini dibina dan tersedia untuk iOS (iPhone dan iPad), Android dan Windows. Oleh itu, selagi mana anda mempunyai akses ke internet, anda akan dapat melihat laporan anda dengan serta-merta.

3. Fungsi drag-and-drop

Microsoft Power BI ini sesuai digunakan bagi semua pengguna tanpa memerlukan sebarang kepakaran yg rumit seperti pengaturcaraan (Programming). Malah, pengguna dapat membuat laporan mereka sendiri hanya dalam beberapa melalui fungsi drag-and-drop. Oleh itu , laporan visualisasi dapat digambarkan dengan bukan sahaja mudah, tetapi juga cepat.

4. Pelbagai jenis visualisasi

Microsoft Power BI menyediakan pelbagai jenis visualisasi interaktif ataupun chart yang menggambarkan berbeza-beza insight terhadap analisa. Oleh itu, dengan satu platform sahaja, pelbagai jenis analisa dapat dijalankan seperti analisa sentiment dan market basket.

5. Automation

Anda sering berkongsi laporan melalui power point dengan rakan sekerja setiap minggu mahupun setiap hari atau anda perlu menghantar dokumen setiap kali data baru dikemas kini? . Dengan Power BI, anda mampu menghasilkan satu link yang mengandungi laporan anda dan perlu dikongsi sekali sahaja pada rakan kerja mahupun pihak atasan anda. Kini, anda tidak perlu lagi menghantar file yang sama berulang kali.

Jom ikuti telegram ilhami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *