Pada penulisan saya sebelum ini, saya ada berkongsi berkenaan istilah-istilah yang biasa digunakan di dalam production. Pada penulisan saya kali ini, saya akan berkongsikan kepada anda proses yang terdapat di dalam fasa Pre Production. Sebelum itu, saya akan terangkan secara ringkas apa itu video production.
Dalam pembuatan video terdapat tiga fasa iaitu ia bermula dengan Pre Production, Production dan Post Production. Pada setiap fasa ini terdapat beberapa tugas di dalamnya.Perjalanan pembuatan video akan lebih teratur apabila kita mengikut jadual pada setiap fasa ini. Saya akan berkongsi beberapa proses yang terdapat di dalam fasa Pre Production terlebih dahulu.
IDEATION
Proses ideation ini adalah proses kita memikirkan cerita apa atau video apa yang hendak kita hasilkan. Kebiasaannya di dalam proses ideation ini, kita akan mewujudkan Logline, Sinopsis dan Storyline terlebih dahulu. Daripada logline dan sinopsis inilah yang akan kita kembangkan lagi idea untuk membuat satu cerita yang penuh. Ia dipanggil Storyline, cerita penuh yang dibahagikan kepada tiga bahagian Act 1, Act 2, Act 3.



TREATMENT
Treatment ini sama sahaja seperti storyline tetapi penerangannya lebih terperinci. Ia adalah satu pengisahan lengkap mengenai satu-satu cerita dari kaca mata seorang pencerita. Mereka yang membaca treatment ini akan lebih rasai dengan jelas perjalanan sesebuah cerita itu. Sebagai contoh, di dalam treatment kita akan menulis setiap pergerakkan yang perlu dilakonkan oleh sesebuah watak. Di dalam ini juga, kita akan memasukkan sekali camera shot yang akan digunakan.

SKRIP
Skrip adalah satu penulisan yang lengkap dan mempunyai dialog. Perkara ini sangat penting kepada semua krew produksi terutama sekali para pelakon. Pelakon akan membaca dan memahami skrip terlebih dahulu dan mereka perlu menghayati watak-watak yang mereka perlu lakonkan. Perkara ini sangat penting kerana ia akan memudahkan proses shooting. Contoh perkara yang terdapat di dalam skrip ialah Scene Heading, Action, Nama Watak, Dialog dan Sub Header. Jika nak tahu lebih dalam berkenaan skrip, anda boleh baca artikel Penulisan Skrip yang saya kongsikan sebelum ini.

SHOT LIST
Setelah siapnya skrip, kita perlu menyenaraikan shot-shot yang hendak digunakan pada setiap babak yang terdapat di dalam sesebuah cerita. Di dalam Shot list kita akan bahagikan kepada 3 bahagian iaitu Scene, Lokasi dan Masa dan Penerangan Shot. Pada bahagian Penerangan Shot kita akan meletakkan babak serta shot yang hendak digunakan. Shot list ini sangat penting untuk Director Of Photography (DOP). DOP akan membuat perancangan untuk teamnya dan membuat tugas mereka dengan teratur semasa shooting.

STORYBOARD
Storyboard atau papan cerita ialah satu lakaran lukisan komposisi pada setiap babak. Setiap lakaran lukisan yang dibuat adalah berdasarkan skrip dan juga shot list yang telah dihasilkan. Pada lakaran itu juga akan membantu setiap krew untuk lebih mudah faham kerana ia boleh dilihat secara visual. Pada storyboard ini juga kita akan menambah description, time duration, camera angle, music background dan sebagainya.


Terdapat banyak lagi proses yang ada di dalam fasa pre production ini. Apa yang saya kongsikan pada penulisan saya kali ini adalah proses untuk mencipta sebuah cerita sahaja. Penulisan saya akan datang saya akan sambung untuk proses seterusnya di dalam fasa pre production. Jika nak belajar lebih mendalam berkenaan pembuatan video, anda boleh sertai group telegram ILHAMI.