Peranan-peranan Pengurusan Sumber Manusia Dalam Organisasi

Apakah peranan-peranan bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam organisasi anda? Penting ke untuk ada bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam organisasi anda? Ramai antara anda yang tidak sedar peranan-peranan yang dimainkan oleh Pengurusan Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi, mereka bukan sahaja ditugaskan untuk mengira gaji anda tetapi bidang tugas mereka sangat luas, mereka perlu pastikan kebajikan pekerja sentiasa terjaga. Antara peranan-peranan mereka adalah:

Pengambilan Pekerja

tips temuduga

Proses pengambilan pekerja adalah proses paling utama dan sangat penting sebab ia adalah proses dimana orang luar akan masuk ke dalam syarikat, jadi proses ini perlu dirancang dengan teliti. Sediakan SOP pengambilan pekerja yang boleh anda jadikan panduan setiap kali melakukan proses ini supaya ianya dapat berjalan lancar dan mengelakkan dari berlaku sebarang kesilapan yang mungkin menyebabkan kita mengambil orang yang salah. Sebelum anda mahu iklankan sesuatu jawatan kosong, anda perlu tahu dahulu keperluan,kriteria dan skop jawatan kosong tersebut ia dapat membantu dalam mendapatkan calon yang berkelayakkan. Sebagai contoh, jawatan kosong dalam bidang ‘sales’, kriteria seorang ‘sales representative‘ biasanya perlukan seorang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan memujuk yang baik, seorang yang tidak mudah berputus asa jadi anda perlu mencari calon-calon yang mempunyai kriteria-kriteria ini.

Memberikan Latihan

Training

Seterusnya, latihan juga merupakan benda yang perlu dalam sesebuah syarikat. Sebagai HR anda perlu sentiasa menggalakkan pekerja untuk hadir training untuk tingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Anda perlu memikirkan cara yang berkesan untuk menarik minat pekerja untuk hadir latihan. Sebagai contoh, boleh beri elaun kepada pekerja yang hadir latihan. Selain itu, latihan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan pekerja tersebut. Sebagai contoh, pekerja bahagian operasi perlukan latihan, tugas dia menyelenggara mesin, jadi latihan apa yang bersesuai? Mungkin latihan yang berbentuk Demonstrasi. Demonstrasi ini adalah latihan dimana pengajar akan tunjuk cara menyelenggara mesin tersebut secara teknikal, menggunakan mesin yang sama atau yang lebih kurang sama dengan mesin yang pekerja tersebut gunakan bukan sekadar diajar secara teori, jadi dengan cara itu pekerja akan lebih mudah faham.

Mematuhi Akta Yang Ditetapkan

Mematuhi akta

Sebagai HR, terdapat banyak akta yang anda perlu tahu dan patuhi antaranya adalah akta pekerja, akta gaji, akta keselamatan dan lain-lain yang berkaitan. Anda kena peka dengan akta-akta tersebut supaya anda atau majikan tidak mengambil tindakan yang melanggar akta dan anda perlu menanggung kos yang besar apabila disaman. Kadang anda tidak sedar yang anda melanggar akta sebab anda ambil mudah berkaitan akta. Sebagai contoh, pekerja melalukan kesalahan tatatertib contoh pekerja datang lambat ke tempat kerja berulang kali, anda serta merta memecat pekerja tersebut. Anda rasa tindakan anda betul, pekerja buat salah anda buang terus tetapi sebenarnya tidak boleh terus pecat. Anda perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan dalam akta.

Membuat Penilaian Prestasi

Performance Evaluation

Akhir sekali, peranan HR adalah membuat penilaian prestasi, penilaian prestasi ini adalah proses dimana majikan atau HR menilai prestasi pekerja mereka, kebiasaanya dibuat setahun sekali tetapi lebih kerap lebih bagus sebab anda akan sentiasa tahu prestasi semasa pekerja anda sama ada mereka ‘ontrack’ atau pun tidak dengan KPI yang syarikat telah tetapkan. Jika tiada penilaian prestasi, macam mana anda hendak nilai pekerja anda bagus atau tidak, kerja mereka berkualiti atau pun tidak.  Bukan itu sahaja, penilaian prestasi ni juga dapat meningkatkan motivasi pekerja, sebab mereka akan rasa majikan ambil berat mengenai tugas-tugas mereka. Jadi mereka akan cuba untuk melalukan yg terbaik. Cuba kalau majikan tidak kisah pun, hanya fikirkan keuntungan sahaja, pekerja pun mesti akan buat kerja sambal lewa dan asal siap sahaja. Dengan adanya penilaian prestasi, anda boleh mengetahui prestasi pekerja anda dengan lebih tepat. Jika pekerja anda bagus, boleh ‘reward’ mereka. Tetapi jika sebaliknya, anda perlu fikir apa yang anda perlu lakukan untuk bantu pekerja yang lemah tersebut. Sertai kami di ilhami untuk ketahui lebih lanjut tentang Pengurusan Sumber Manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *