Tahukah anda Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan perniagaan anda berjalan lancar. Mereka adalah orang yang berperanan untuk menguruskan pekerja-pekerja di dalam syarikat. Namun ramai antara kita yang beranggapan tugas HR hanya kira gaji, luluskan cuti, ambil pekerja tetapi sebenarnya tugas mereka sangat luas dan mempunyai pelbagai bidang. Banyak perkara yang terjadi jika tiada Pengurusan Sumber Manusia di syarikat anda, antaranya adalah:
Kesalahan Dalam Pengambilan Pekerja

Perkara yang akan terjadi adalah kesalahan dalam pengambilan pekerja. Proses pengambilan pekerja adalah satu proses yang penting untuk sesebuah perniagaan kerana ia adalah langkah pertama sebelum anda mengambil orang luar untuk masuk dalam syarikat anda. Jika anda tidak meneliti dan merancang proses ini dengan baik pasti akan berlaku kesilapan dalam pengambilan pekerja. Anda berkemungkinan akan memilih pekerja yang tidak sesuai dengan jawatan yang anda tawarkan. Sebagai contoh, syarikat anda memerlukan seorang “graphic designer” tetapi pekerja yang anda ambil tidak mahir menggunakan aplikasi yang sepatutnya digunakan. Perkara ini akan membuatkan anda kerugian dari segi masa dan juga kos.
Tiada Penilaian Prestasi Pekerja

Perkara seterusnya adalah tiada penilaian prestasi. Penilaian prestasi adalah proses dimana prestasi pekerja-pekerja akan dinilai menggunakan kaedah yang bersesuaian. Jika tiada HR, siapa yang akan lakukan penilaian prestasi? Jika tiada penilaian prestasi anda tidak akan tahu prestasi pekerja anda sama ada bagus atau tidak. Ia akan memberi kesan kepada motivasi pekerja anda, mereka akan kurang bermotivasi jika tiada maklum balas dari majikan berkaitan prestasi kerja mereka. Mereka merasakan yang majikan tidak ambil peduli berkenaan dengan karier mereka dan usaha mereka untuk membantu syarikat. Pentingnya penilaian prestasi ini kerana apabila anda ingin membuat keputusan kenaikan gaji, kenaikan pangkat, pemberian bonus tahunan. Bagaimana anda tahu siapa yang layak jika tiada penilaian? Jadi akan berlaku kesilapan dalam pemberian ganjaran.
Latihan Yang Diberikan Tidak Bersesuaian

Memberikan latihan kepada pekerja merupakan salah satu tugas HR, latihan perlu diberikan kepada pekerja untuk membantu mereka menambahbaik mutu kerja dan kualiti kerja serta dapat meningkat ilmu dan kemahiran mereka. Tetapi ia bukan mudah, sebagai HR, anda perlu Memberikan latihan yang sesuai sangat penting kerana jika latihan tidak sesuai dengan pekerja jadi tidak akan membuahkan hasil yang baik. Latihan merupakan pelaburan syarikat untuk pekerja jadi mestilah syarikat mengharapkan pulangan yang baik dari pekerja mereka.
Jom ikuti telegram ilhami