Proses Sebelum Sesi Temuduga Dijalankan

Sesi temuduga merupakan antara perkara utama yang kebanyakan syarikat akan lakukan sebelum mereka mengambil pekerja baru. Tujuan temuduga diadakan adalah untuk memastikan calon yang mereka pilih adalah seorang pekerja yang berkualiti dan sesuai dengan jawatan kosong yang ditawarkan. Temuduga boleh dijalankan secara bersemuka mahupun secara atas talian. Ada beberapa perkara yang HR perlu lakukan sebelum sesi temuduga dijalankan. Dibawah adalah dua proses sebelum sesi temuduga dijalankan:

Tentukan tarikh temuduga

proses sebelum temuduga

Proses sebelum sesi temuduga dijalankan yang pertama adalah tentukan tarikh temuduga. Setelah HR menapis beberapa resume calon yang layak untuk ke peringkat temuduga, HR perlu menetapkan tarikh yang sesuai untuk calon tersebut hadir untuk ditemuduga. Tarikh yang dipilih perlu mendapat persetujuan dari pihak pengurusan syarikat dan juga penemuduga. Hal ini untuk memastikan tiada sebarang masalah yang timbul sewaktu sesi temuduga ingin dijalankan nanti. Jika tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka, akan menjadi masalah jika tarikh yang dipilih adalah tarikh yang mereka ada urusan lain yang perlu diuruskan.

Maklumkan kepada calon temuduga

proses sebelum temuduga1

Setelah tarikh dipilih, proses yang kedua adalah memaklumkan kepada calon pekerja. HR boleh memaklumkan melalui emel dan boleh juga terus hubungi calon tersebut. HR boleh maklumkan sebaiknya seminggu awal supaya calon boleh membuat persediaan untuk temuduga tersebut. Selain itu, jika calon mempunyai kekangan untuk hadir temuduga, mungkin boleh ubah tarikh atau cari alternatif lain yang sesuai. Perkara ini dapat membantu supaya proses temuduga nanti berjalan lancar dan semua calon dapat hadir jika tiada sebarang masalah kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Dua perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan proses temuduga berjalan lancar. Pastikan Persediaan secukupnya dilakukan sebelum sesi temuduga. Artikel akan datang saya akan kongsikan persediaan semasa sesi temuduga atau anda boleh langgan kursus Pengurusan Sumber Manusia di app.ilhami.my untuk ketahui lebih lanjut berkenaan proses temuduga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *