Proses Semasa Sesi Temuduga Dijalankan

Artikel saya yang lepas saya telah berkongsi tentang proses sebelum sesi temuduga disini, untuk artikel kali ini, saya akan Berkongsi tentang proses semasa sesi temuduga dijalankan, apa yang bahagian Pengurusan Sumber Manusia perlu lakukan untuk pastikan proses temuduga dapat berjalan dengan lancar?

Persediaan Bilik Temuduga

Sebelum memulakan sesi temuduga, pastikan anda sudah menyediakan bilik yang sesuai untuk sesi temuduga tersebut, pastikan bilik tersebut tidak menganggu proses temuduga seperti gangguan bunyi supaya penemuduga dan calon dapat jalani temuduga dengan lancar.

Calon Mengisi Borang Maklumat Pekerja

Borang maklumat perlu diisi sebelum calon menjalani sesi temuduga. Calon perlu mengisi segala butiran yanh diminta untuk rujukan pihak majikan. Jika pekerja berjaya dalam sesi temuduga, borang tersebut perlu disimpan oleh HR dalam fail maklumat pekerja. Sekiranya tidak berjaya, borang tersebut boleh disimpan di fail yang berbeza untuk tujuan rujukan masa hadapan.

Ujian Personaliti

Group of unidentifiable business people hiding under question marks

Ujian personaliti dapat membantu majikan untuk lebih memahami dan mengenali karakter calon tersebut. Antara ujian personaliti yang boleh anda jalankan adalah Ujian Personaliti DOPE, Ujian 16 Personaliti Ujian Personaliti VKAD dan banyak lagi.

Sesi Temuduga

Setelah selesai mengisi borang dan menjawab ujian personaliti, anda akan jalani sesi temuduga. Penemuduga akan bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan Latarbelakang keluarga, Pendidikan, pengalaman bekerja dan sebagainya untuk memastikan anda adalah calon yang layak untuk jawatan yang mereka tawarkan. Selain itu, penemuduga juga boleh Memberikan tugasan ringkas semasa temuduga untuk melihat kecepakan calon menyelesaikan masalah. Ianya bergantung kepada cara penemuduga tersebut menjalankan sesi temuduga tersebut. Sebagai contoh, jika pekerja tersebut memerlukan anda untuk ada sesuatu kemahiran, jadi penemuduga akan menguji tahap kemahiran anda.

Keputusan Temuduga

Penemuduga perlu melengkapkan borang penilaian temuduga supaya calon yang tepat dapat dipilih. Calon-calon yang menjalani sesi temuduga boleh ditapis ke 3 bahagian iaitu lulus, simpan atau gagal. Simpan bermaksud calon tersebut ada kriteria yang baik namun tidak sesuai dengan jawatan yang ditawarkan jadi boleh disimpan jika ada kekosongan jawatan lain.

Berikut adalah lima proses semasa sesi temuduga dijalankan, sebagai seorang HR anda perlu pastikan anda mengikuti langkah-langkah berikut supaya proses temuduga berjalan lancar dan dapat berjalan seperti yang dirancang. Anda boleh langgan kursus Pengurusan Sumber Manusia di app.ilhami.my untuk ketahui lebih lanjut berkenaan proses temuduga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *