Segelintir dari mereka yang baru mula belajar membuat video ini mesti ada yang terfikir kenapa bila orang lain membuat video nampak gempak, nampak cantik dan menarik. Tetapi bila kita sendiri yang buat nampak biasa-biasa je. Mesti anda selalu terfikir perkara ini kan? Terdapat beberapa elemen yang sangat penting apabila kita hendak membuat sebuah video. Elemen-elemen inilah yang akan membantu anda untuk menghasilkan video yang berkualiti. Pada perkongsian kali ini, saya akan kongsikan kepada anda satu teknik mudah untuk menghasilkan sebuah video yang berkualiti tinggi. Teknik ini akan memudahkan anda faham berkenaan elemen-elemen yang saya ceritakan tadi. Teknik ini ialah TEKNIK CLASS. Saya akan terangkan satu persatu apa itu Teknik CLASS.
C – COMPOSITION
Huruf C mewakili COMPOSITION. Composition atau dalam bahasa melayunya komposisi ialah apabila kita merekod video kita perlu tentukan keadaan subjek kita bagaimana, di mana subjek kita berada dan macam mana kita nak gayakan subjek kita tu. Perkara ini perlu kita gunakan di dalam pembuatan video bagi mengelakkan video kita seperti tiada makna atau kosong. Dengan menggunakan composition yang betul dan sesuai dengan video kita, ia akan membantu penonton untuk merasai dan lebih faham mesej yang hendak kita sampaikan. Contoh composition yang boleh digunakan ialah Rule Of Third, Looking Room, Head Room dan Depth Of Field.

L – LIGHTING
L pula mewakili Lighting. Lighting atau pencahayaan tersangatlah penting di dalam pembuatan video. Pencahayaan yang baik akan membuatkan penonton akan lebih tertarik. Kadang kala perkara ini sering dilupakan oleh mereka yang baru mula belajar dalam pembuatan video. Dengan pencahayaan juga, kita boleh menimbulkan mood untuk sesebuah scene. Penonton akan lebih merasai mood sama seperti apa yang berlaku di dalam video kita. Pada pemula, saya sarankan untuk anda mempelajari dahulu asas pencahayaan iaitu 3 Point Lighting.

A – AUDIO
Sama seperti Lighting, Audio yang bagus juga akan mengelakkan penonton spoil dengan video kita. Audio yang jelas tersangatlah penting jika kita membuat video yang mempunyai dialog. Jika video tersebut hanya memerlukan lagu latar belakang sahaja, pastikan lagu yang digunakan sesuai dengan video yang kita hasilkan. Bagi mereka yang ingin membuat video yang mempunyai dialog, pastikan anda menggunakan external microphone. Jika anda hanya menggunakan mic yang tersedia pada phone atau dslr anda, kualiti audio yang akan anda dapat tersangatlah rendah kualitinya.

S – SHOT
Apabila anda merakam video, pelbagaikan shot di dalam sebuah scene sebagai contoh. Dengan menggunakan pelbagai shot, penonton tidak akan rasa bosan melihat video anda jika dibandingkan dengan hanya menggunakan satu shot untuk sesebuah scene. Dengan menggunakan shot yang sesuai dengan video anda, ia juga akan berfungsi membantu menyampaikan mesej untuk membuatkan penonton lebih faham. Jika nak tahu jenis-jenis shot, anda boleh baca penulisan saya sebelum ini.

S – SCENERY
Lumrah manusia tertarik apabila melihat perkara-perkara yang cantik dan melihat keindahan ciptaan tuhan. Jadi, kita gunakan ia sebagai satu kelebihan dalam pembuatan video. Apabila merancang untuk membuat video pastikan elemen ini juga dititikberatkan. Penonton lebih suka melihat video-video yang membuat mereka happy bila tengok benda tu. Cari scenery-scenery yang cantik dan masukkan di dalam video anda. Contoh, di dalam pembuatan short film kita menggunakan establish shot untuk memberitahu penonton dimanakan situasi itu berlaku. Jadi, rekod scenery yang cantik untuk digunakan pada establish shot tersebut. Tetapi perlu tengok juga adakah scenery itu sesuai atau tidak dengan scene kita itu.

Pastikan anda betul-betul jaga dan juga praktikkan kelima-lima elemen ini dalam pembuatan video anda. Insha allah, Teknik Class ia akan membantu anda untuk menghasilkan satu video yang berkualiti dan menarik untuk disajikan kepada penonton. Jika anda hendak belajar lebih lagi berkenaan pembuatan video, sertai sahaja kami di ILHAMI.