
Bidang reka grafik adalah bidang melibatkan proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui komunikasi tampak (visual communication). Kini ia semakin mendapat permintaan, seperti yang saya kupas dalam artikel saya sebelum ini. Tetapi tahukah anda, kerjaya di bidang reka grafik ini tidak hanya terhad kepada satu sahaja iaitu pereka grafik (graphic designer). Sebenarnya ada banyak lagi kerjaya-kerjaya lain di bidang reka grafik yang boleh diceburi.
Disini saya akan kongsikan tentang 5 kerjaya yang boleh anda bina di bidang reka grafik.
1. Pereka Pakej (Package Designer)
image from my.hiredly.com
Tugas seorang pereka pakej ini adalah menghasilkan rekaan atau design semua benda dari pek pembungkusan makanan sehinggalah kepada kotak penghantaran yang anda terima.
Jadi, seorang pereka pakej ini perlu membuat research atau kajian tentang apa yang syarikat-syarikat lain buat. Selepas itu, dia ketengahkan peranan dan idea untuk pembungkusan atau packaging tersebut. Hasilnya, beliau perlu menyediakan prototaip, samada satu atau beberapa package yang berbeza mengikut idea yang telah diputuskan.
Sebenarnya, ia adalah satu proses yang agak kompleks dari awal sehingga ke akhir. Tetapi kalau anda tak kisah, anda sukakan hasil dari lakaran tangan anda, mungkin ia adalah satu kerjaya reka grafik yang sangat menarik untuk anda ceburi dan terokai.
2. Pereka Penerbitan (Publication Designer)
Pernah tengok majalah, brochure, surat khabar dan juga katalog ?
Ia adalah antara hasil kerja seorang pereka penerbitan atau publication designer. Pereka penerbitan ni mampu menghasilkan apa sahaja rekaan untuk tujuan percetakan dan penerbitan. Ada maksud yang dapat seorang pereka sampaikan disebalik setiap rekaan. Tak kiralah ia samada isi utama majalah, bayangan cerita daripada buku dan sebagainya.
Kalau anda berminat, anda boleh membuat kajian yang lebih lagi tentang karier ni atau mungkin boleh cuba hasilkan projek anda sendiri untuk kembangkan kreativiti anda.
3. Pereka Grafik Gerakan (Motion Graphic Designer)
Motion graphic designer ini membantu menghasilkan visual yang bergerak-gerak, melalui animasi. Benda ni kita selalu nampak dalam iklan, rancangan-rancangan di tv, dalam filem, dan animasi di media sosial.
Sebenarnya, motion graphic ini lebih menarik, tetapi ia memerlukan kemahiran teknikal tambahan berbanding 2 karier diatas. Antara perisian yang digunakan dalam menghasilkan motion graphic adalah Adobe After Effects.
4. Pereka Laman Sesawang (Web Designer)
Seterusnya adalah web designer. Ya, ia juga termasuk dalam bidang reka grafik. Seorang web designer perlu menghasilkan laman web yang menarik untuk pengguna. Macam yang kita selalu guna contohnya untuk perbankan internet, shopping online dan sebagainya.
Design laman sesawang yang menarik terhasil daripada gabungan gambar yang diletakkan, fonts atau jenis tulisan yang dipilih, dan susunan items yang memudahkan pengguna.
Seorang web designer juga perlu membuat research dan menghasilkan lakaran awal. Seterusnya menjadikan ia sebuah website yang sebenar.
Kalau anda tahu sedikit sebanyak tentang coding, itu adalah satu kelebihan yang akan memudahkan urusan anda.

5. UI/UX Designer
UI adalah User Interface Designer, manakala UX ialah User Experience Designer.
Seorang UI designer ini tugasnya menghasilkan apps yang menarik untuk pengguna. Daripada pemilihan warna yang digunakan, kedudukan imej atau items dalam apps dan dalam masa yang sama ia selaras dengan bahagian user experience.
Seorang UX designer pula tugasnya adalah untuk memudahkan pengguna dalam menggunakan apps. Kita boleh tengok sebagai contoh apps shopping online. Daripada page barangan, berapa banyak langkah yang diperlukan untuk pelanggan check out dan selesaikan urusniaga.
Jadi, semua steps ini difikirkan dan diselesaikan oleh UX deisgner. Anda nak jadi salah satu pun boleh, atau nak jadi kedua-duanya pun boleh.
Kesimpulannya, bidang reka grafik adalah sebuah bidang yang luas. Tinggal anda sahaja yang perlu menerokainya. Jika anda merasakan diri anda tiada kemahiran dan tidak kreatif, tidak mengapa kerana kemahiran reka grafik ini sebenarnya boleh diasah.
Yang penting, perlu ada usaha memulakan langkah pertama untuk belajar. Anda boleh belajar basic menggunakan salah satu perisian reka grafik, iaitu Adobe Photoshop di ILHAMI.MY.