Tips Berkesan Untuk Memohon Kerja Melalui Emel

1. Gunakan alamat emel yang professional

emel

Tips yang pertama adalah menggunakan alamat emel yang professional. Pastikan alamat emel yang digunakan tidak kelihatan seperti tidak professional atau tidak matang seperti budak.cantik@gmail.com. Sebaiknya anda boleh gunakan nama sendiri untuk kelihatan lebih professional dan lebih mudah untuk mereka mengenali anda jika anda menggunakan nama sendiri. Contohnya seperti fatin_liyana@gmail.com atau sekiranya anda ingin menggunakan penambahan nombor atau sebarang simbol lain, contohnya seperti farahliana11@gmail.com.

2. Tulis subjek dan tujuan emel permohonan kerja dengan betul

gambar1

Tips memohon kerja melalui emel yang seterusnya, pastikan anda menulis subjek emel kerana perkara ini dapat membantu  menarik perhatian pengurus pengambilan pekerja dan membantu majikan mengetahui tujuan emel tersebut dihantar kepada mereka. Kebanyakkan calon memandang remeh perkara ini, tahukah anda syarikat menerima beratus email setiap hari jadi pastikan anda memudahkan kerja mereka untuk semak emel anda.

Selain itu, kesilapan yang selalu calon lalukan adalah menghantar emel tanpa menulis apa-apa di bahagian “body message”.  Anda boleh  menulis tujuan diruangan yang telah disediakan supaya memudahkan mereka untuk mengetahui tujuan emel anda. Calon selalunya hanya lampirkan resume tanpa sebarang penjelasan atau tujuan anda menghantar emell tersebut. Jadi anda boleh gunakan ruang “body message” dengan tepat dan padat dan gunakan penulisan yang formal dan sopan.

3. Siapkan resume dalam fail pdf

pdf

Tips yang terakhir adalah apabila anda perlu melampirkan bersama sebarang dokumen seperti resume, CV atau salinan sijil. Pastikan anda telah menukar segala dokumen terbabit kepada format PDF. Namun jika pihak majikan yang anda pohon menetapkan format fail yang lain jadi anda perlu mengikut format seperti yang telah ditetapkan oleh mereka. Tidak lupa juga, pastikan juga anda menamakan dokumen yang dihantar dengan nama yang bersesuai dan memudahkan majikan untuk mencari maklumat anda, sebagai contoh, resumefarahliyana.pdf.

“Pembelajaran kini lebih mudah” Jom follow telegram ilhami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *