Orentasi adalah program yang membantu pekerja untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan lebih cepat di syarikat baru. Ia memainkan peranan penting dalam membantu pekerja baru memahami tentang latar belakang syarikat, dasar dan prosedur, faedah dan gaji, serta peranan dan tanggungjawab pekerja. Selain itu, semua pekerja perlu menerima buku panduan pekerja dan semua proses dan dasar syarikat yang didokumentasikan semasa orentasi dijalankan. Antara tujuan orentasi dijalankan adalah untuk:
Membantu Mengurangkan Perasaan Cemas Pekerja Baru

Tujuan utama adalah untuk membantu mengurangkan perasaan cemas dalam diri pekerja baru. Ia adalah satu perkara biasa apabila seseorang dimasukkan ke dalam suasana atau situasi yang baru pasti mereka akan berasa cemas. Jadi sebagai majikan, anda perlu membantu mereka supaya mereka lebih selesa dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan suasana syarikat baru. Orientasi yang baik dan teliti membantu mengurangkan kebimbangan mereka. Jika mereka didedahkan dengan peraturan-peraturan syarikat, diperkenalkan dengan pekerja-pekerja dalam syarikat dan mereka tahu tanggungjawab atau tugas yang perlu dilakukan, pastinya mereka akan lebih tenang dan dapat melalukan kerja dengan baik dan mereka lebih cepat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.
Mengelakkan Berlaku Pembaziran Kos dan Masa

Tujuan orentasi yang seterusnya, mengelakkan berlaku pembaziran kos dan masa. Apabila orentasi tidak dijalankan kepada pekerja baru dalam syarikat, mereka susah atau lambat untuk menyesuaikan diri dalam syarikat. Pekerja itu juga merasa sukar untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan, rakan sekerja atau kepada siapa mereka ingin melaporkan tugas harian mereka. Perkara ini secara tidak langsung akan mengurangkan motivasi pekerja tersebut dalam melakukan tugas mereka dan mereka tidak rasa seronok untuk bekerja jadi akan ada kemungkinan untuk mereka berhenti kerja. Hal ini akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang besar kerana proses pengambilan pekerja adalah proses yang sangat memakan masa dan akan berlaku pembaziran kos dari segi pengiklanan dan sebagainya. Pergantian pekerja yang kerap dapat dielakkan dengan membuat program orientasi yang baik dan teliti yang dapat membantu pekerja baru untuk lebih mengenali syarikat dan peka terhadap tugas-tugas mereka.
Jom ikuti telegram ilhami