Aplikasi video editing di telefon pintar

Aplikasi Video Editing Di Telefon Pintar

Pada penulisan saya sebelum ini, saya ada berkongsi kepada anda semua bagaimana hendak memilih aplikasi video editing yang bersesuaian dengan anda. Terdapat dua jenis peranti yang boleh kita gunakan dalam proses video editing ini iaitu di laptop/pc dan juga telefon pintar. Pada penulisan saya kali ini saya akan berkongsi kepada anda aplikasi video editing yang boleh kita gunakan untuk video editing di telefon pintar.

Telefon pintar adalah peranti yang digunakan oleh hampir semua orang pada masa kini. Selain untuk membuat panggilan atau pesanan ringkas, ia menjadi peranti utama kita untuk mengambil gambar atau merakam video untuk dijadikan kenangan atau untuk kita berkongsi di media sosial. Saya akan berkongsi kepada anda beberapa aplikasi untuk video editing bagi memudahkan lagi kerja anda.

1. KineMaster

logokinemaster

Kinemaster adalah aplikasi video editing yang kita boleh guna di laptop/pc dan juga di telefon pintar. Aplikasi ini sangat-sangat mudah digunakan kerana fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini tersusun atau kita boleh katakan ia user friendly. Walaupun penggunaan ia sangat mudah untuk kita fahami, tidak semestinya ia adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat video biasa sahaja. Ia juga boleh membantu kita untuk membuat video yang profesional ata video yang lebih tinggi tahap kualitinya. Kekurangan aplikasi ini ialah ia mempunyai watermark jika kita menggunakan ia secara percuma. Jika ingin membuang watermark tersebut kita perlu membayar dan harganya juga sedikit mahal.

2. InShot

Terdapat banyak fungsi yang sangat menarik jika kita mengunakan aplikasi ini. Selain edit video, ia juga berfungsi untuk edit gambar dan juga membuat image collage. Aplikasi ini boleh membuat trim clip video, fungsi filter, muzik juga ada disediakan, text yang menarik dan cantik, dan kita boleh adjust speed video. Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis ratio atau resolusi yang berbeza. Kepada mereka yang suka untuk berkongsi gambar atau video di media sosial, aplikasi ini sesuai untuk anda kerana penggunaannya yang tidak rumit dan mempercepatkan kerja anda.

3. CapCut

Capcut menyediakan fungsi yang hampir sama seperti InShot. Tetapi aplikasi ini tidak menyediakan fungsi untuk edit gambar atau image collage, ia hanya untuk edit video juga. Kelebihan apabila menggunakan aplikasi ini ialah ia menyediakan banyak effect-effect yang kita boleh kita guna untuk membuatkan video kita bertambah menarik. Audio atau muzik latar belakang juga telah tersedia di dalam aplikasi ini, kita tidak perlu lagi untuk cari dari mana-mana aplikasi lain. Apabila kita edit video, clip video dan audio diasingkan di mana ia memudahkan lagi proses editing kita.

4. Filmora Go

Filmora Go juga sama seperti KineMaster di mana ia juga terdapat pada peranti laptop/pc. Aplikasi ini boleh juga kita katakan ia antara aplikasi yang agak profesional. Ia boleh edit pelbagai jenis video dan kita boleh membuat effect-effect kita sendiri atau kita juga boleh guna apa yang mereka telah sediakan. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan green screen. Sebab itu kita boleh katakan yang aplikasi ini agak profesional dari segi penggunaanya.  Aplikasi ini mempunyai watermark dan jika ingin buang kita perlu membayar.

5. VN Video Editor

Aplikasi ini adalah antara aplikasi yang saya boleh katakan ia agak mudah dan ia sesuai kepada meraka yang baru nak belajar edit video. Ini kerana interface aplikasi ini sangat-sangat user friendly. Proses untuk kita edit tidak jadi terlalu rumit dan fungsinya juga teratur. Dan yang paling penting aplikasi ini percuma dan tiada watermark. Kekurang aplikasi ini pula ialah effect-effect seperti video transition tersangatlah terhad.

Kadang kala kita tidak memerlukan peranti atau aplikasi yang mahal-mahal atau gempak. Cukuplah kita asah bakat kita dan tambah lagi ilmu untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Semua ini anda boleh pelajari di Ilhami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *