Dapatkan Templat Percuma
Saya Zuhri Hazwan, seorang akauntan bertauliah, berpengalaman menguruskan dan mengaudit akaun syarikat.
Saya ada beberapa templat yang saya ingin kongsikan dengan anda.
Templat pengurusan kewangan
Ramai antara kita mahu membuat perniagaan tetapi tidak menitik berat dalam pengurusan kewangan. Mengurus kewangan perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Langkah awal dalam mengurus kewangan ini adalah merekod transaksi kewangan yang kita lakukan agar dapat kita analisa kewangan.
Namun, apa yang saya nak tekankan disini, kita harus bermula dengan diri kita sendiri. Kita harus mula mengurus kewangan diri kita dahulu. We call it ‘Personal Finance’. Bagaimana kita nak urus kewangan perniagaan kita kalau diri sendiri tak diurus dengan baik. Kita mula rekod setiap pendapatan dan perbelanjaan diri kita agar kita dapat melihat corak dan behaviour kewangan kita.
Templat jadual Tarikh penting perniagaan
Atas pemerhatian saya, ramai pemilik syarikat terutamanya yang baru memulakan perniagaan tidak tahu ada beberapa tarikh penting di dalam perniagaan. Hal ini menyebabkan mereka dikenakan penalti kerana tidak peka dan tidak bertindak sewajarnya dengan tarikh-tarikh penting ini.
Di sini saya menyediakan templat jadual percuma untuk anda agar dapat merancang dan menguruskan perniagaan dengan lebih tersusun dan sistematik.
Isikan Nama dan E-mel anda untuk dapatkan templat percuma ini.
