Wedding Luts Percuma
Saya Afiq Aiman, merupakan seorang videographer dan juga video editor. Berkelulusan dalam bidang Filem dan Animasi Digital.
Di dalam proses video editing, terdapat dikalangan mereka yang agak susah apabila hendak membuat colour grading yang sesuai dengan video mereka. Tidak dinafikan yang proses colour correction dan colour grading agak rumit untuk dibuat. Tetapi apabila anda sentiasa mempraktikkannya, ia akan menjadi mudah.
Di sini saya menyediakan Luts (colour grading) percuma untuk anda gunakan dan juga boleh menjadi contoh untuk anda belajar membuat colour grading sendiri dengan menarik dan kelihatan profesional.
